Tuesday, February 24, 2009

....sEloKA aUraT UntUk sEmuA....

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.


Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.


Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.


Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.


Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.


Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.


Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.


Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.


Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.


Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.


Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.


Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.


Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.


Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.


Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.


Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.


Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.


Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.


p/s:
yang buruk dijadikan sempadan
yang baik dijadikan tauladan...=)

....aDab mEndEngaR AzAn...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya
masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita
amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras
dan hanya mimik
mukanya yang menahan
kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg
bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya ."Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan
agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun
semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya .
Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri
tegak dan diamkan
diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh
mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata
ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir
tiba maka kita
tidak dapat mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan
kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah
kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita
sedang dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami
dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah
kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." semasa
sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbal
a'lamin.."

p/s: Kita boleh mengirimkan
ribuan 'jokes' dan ' surat
berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang
berkaitan dengan
ibadah seringkali berfikir 2 atau 3
kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada
tanya iman.

Saturday, February 7, 2009

hUkuM mElaWak...

"Hai orang2 yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamubersama orang2 y benar"-surah at-Taubah:119

hukum melawak
Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda sawbersabda:أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاءفجعلناهن أبكارا عربا أتراباMaksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.”(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّاMaksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yangbenar.(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.Nabi saw bersabda:ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.Firman Allah: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : al-Hujarat)Nabi saw bersabda:بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَMaksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda:ما أحب أني حكيت أحداMaksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya.Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًاMaksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”(Hr Thabrani – sahih)Nabi saw bersabda:لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جاداMaksudnya : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.”(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاقMaksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamuketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.Nabi saw bersabda:وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَMaksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)Saidina Ali ra:“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”Said bin al-‘As berkata:“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu.Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra danmenyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.”

Tuesday, February 3, 2009

wEdDinG dAy aBaNg kArYaH & kAk nOrMaLa





Tanggal 1 FeBrUaRi 2009 merupakan hari paling bersejarah buat guru sejarah di BRASS merangkap mAnTaN KoManDer My SmArt CaMp '08 iaitu TuAn kAryAh eZwAn bersama pasangan hidupnya, pUaN nOrMaLa yang berlangsung dengan MeRiAh dan RiuHnYa di dEwAn SBPI SeLaNdAr, jAsiN, MeLakA dengan bertemakan warna HiJaU.






PrEsEnT sPeCiaL FrOm :
kAnAk-KaNaK mUsLimAt YanG cOmEii =p



PeRsEdiAan uNtUk bErGeRaK!!!!!
aYuHHH!!!


Pose pReSiDeN MusLiMat, mAiSyA aZiLa bersama kanak-kanak IT..sYaHiDaTuL aTiQah.....Yang kat bawah ni pulak TiMbaLaN MuSLimAt, LiYaNa ngan
bEnDaHaRi, sHaHiRaH....ni sume gara-gara penat menunggu dRiVer kami...aBaNg aZam...:) sempat juga kami di jamu kuih karipap dan air teh..