Saturday, January 31, 2009

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Monday, January 26, 2009

TERDAPAT KEBAIKAN DALAM SETIAP PERISTIWA

Allah memberitahukan kita bahawa dalam setiap peristiwa yang Dia ciptakan terdapat kebaikan di dalamnya. Ini merupakan rahasia lain yang menjadikan mudah bagi orang-orang yang beriman untuk bertawakal kepada Allah. Allah menyatakan, bahkan dalam peristiwa-peristiwa yang tampaknya tidak menyenangkan terdapat kebaikan di dalamnya:

“Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Q.s. an-Nisa': 19).

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Q.s. al-Baqarah: 216).

Dengan memahami rahasia ini, orang-orang yang beriman menjumpai kebaikan dan keindahan dalam setiap peristiwa. Peristiwaperistiwa yang sulit tidak membuat mereka merasa gentar dan khuwatir. Mereka tetap tenang ketika menghadapi penderitaan yang ringan mahupun berat. Orang-orang Muslim yang ikhlas bahkan melihat kebaikan dan hikmah Ilahi ketika mereka kehilangan seluruh harta benda mereka. Mereka tetap bersyukur kepada Allah yang telah mengkurniakan kehidupan. Mereka yakin bahawa dengan kehilangan harta tersebut Allah sedang melindungi mereka dari perbuatan maksiat atau agar hatinya tidak terpaut dengan harta benda. Untuk itu, mereka bersyukur dengan sedalam-dalamnya kepada Allah Kerana kerugian di dunia tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan kerugian di akhirat. Kerugian di akhirat ertinya azab yang kekal abadi dan sangat pedih. Orang-orang yang tetap sibuk mengingat akhirat melihat setiap peristiwa sebagai kebaikan dan keindahan untuk menuju kehidupan akhirat. Orang-orang yang bersabar dengan penderitaan yang dialaminya akan menyadari bahawa dirinya sangat lemah di hadapan Allah, dan akan menyadari betapa mereka sangat memerlukan Dia. Mereka akan berpaling kepada Allah dengan lebih berendah diri dalam doa-doa mereka, dan dzikir mereka akan semakin mendekatkan diri mereka kepada-Nya. Tentu saja hal ini sangat bermanfaat bagi kehidupan akhirat seseorang. Dengan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dan dengan menunjukkan kesabaran, mereka akan memperoleh ridha Allah dan akan memperoleh pahala berupa kebahagiaan abadi.

Manusia harus mencari kebaikan dan keindahan tidak saja dalam penderitaan, tetapi juga dalam peristiwa sehari-hari. Misalnya, masakan yang dimasak dengan susah payah ternyata hangus, dengan kehendak Allah, mungkin akan bermanfaat menjauhkan dari madharat kelak di kemudian hari. Seseorang mungkin tidak diterima dalam ujian masuk perguruan tinggi untuk menggapai harapannya pada masa depan. Bagaimanapun, hendaknya ia mengetahui bahawa terdapat kebaikan dalam kegagalannya ini. Demikian pula hendaknya ia dapat berfikir bahawa barangkali Allah menghendaki dirinya agar terhindar dari situasi yang sulit, sehingga ia tetap merasa senang dengan kejadian itu. Dengan berfikir bahawa Allah telah menempatkan berbagai rahmat dalam setiap peristiwa, baik yang terlihat mahupun yang tidak, orang-orang yang beriman melihat keindahan dalam bertawakal mengharapkan bimbingan Allah. Seseorang mungkin tidak selalu melihat kebaikan dan hikmah Ilahi di balik setiap peristiwa. Sekalipun demikian ia mengetahui dengan pasti bahawa terdapat kebaikan dalam setiap peristiwa. Ia memanjatkan doa kepada Allah agar ditunjukkan kepadanya kebaikan dan hikmah Ilahi di balik segala sesuatu yang terjadi.

Orang-orang yang menyadari bahawa segala sesuatu yang diciptakan Allah memiliki tujuan tidak pernah mengucapkan kata-kata, "Seandainya saya tidak melakukan…" atau "Seandainya saya tidak berkata …," dan sebagainya. Kesalahan, kekurangan, atau peristiwa-peristiwa yang kelihatannya tidak menguntungkan, pada hakikatnya di dalamnya terdapat rahmat dan masing-masing merupakan ujian. Allah memberikan pelajaran penting dan mengingatkan manusia tentang tujuan penciptaan pada setiap orang. Bagi orang-orang yang dapat melihat dengan hati nuraninya, tidak ada kesalahan atau penderitaan, yang ada adalah pelajaran, peringatan, dan hikmah dari Allah. Misalnya, seorang Muslim yang tokonya terbakar akan melakukan mawas diri, bahkan keimanannya menjadi lebih ikhlas dan lebih lurus, ia menganggap peristiwa itu sebagai peringatan dari Allah agar tidak terlalu sibuk dan terpikat dengan harta dunia.

Hasilnya, apa pun yang dihadapinya dalam kehidupannya, penderitaan itu pada akhirnya akan berakhir sama sekali. Seseorang yang mengenang penderitaannya akan merasa takjub bahawa penderitaan itu tidak lebih dari sekadar kenangan dalam fikiran, bagaikan orang yang mengingat kembali adegan dalam filem. Oleh Kerana itu, akan datang suatu saat ketika pengalaman yang sangat pedih akan tinggal menjadi kenangan, bagaikan bayangan adegan dalam filem. Hanya ada satu yang masih ada: bagaimanakah sikap seseorang ketika menghadapi kesulitan, dan apakah Allah ridha kepadanya atau tidak. Seseorang tidak akan dimintai tanggung jawab atas apa yang telah ia alami, tetapi yang dimintai tanggung jawab adalah sikapnya, fikirannya, dan keikhlasannya terhadap apa yang ia alami. Dengan demikian, berusaha untuk melihat kebaikan dan hikmah Ilahi terhadap apa yang diciptakan Allah dalam situasi yang dihadapi seseorang, dan bersikap positif akan mendatangkan kebahagiaan bagi orang-orang beriman, baik di dunia mahupun di akhirat. Tidak duka cita dan ketakutan yang menghinggapi orang-orang yang beriman yang memahami rahasia ini. Demikian pula, tidak ada manusia dan tidak ada peristiwa yang menjadikan rasa takut atau menderita di dunia ini dan di akhirat kelak. Allah menjelaskan rahasia ini dalam al-Qur'an sebagai berikut:

“Kami berfirman, 'Turunlah kamu dari surga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhuwatiran atas mereka, dan mereka tidak bersedih hati'.” (Q.s. al-Baqarah: 38).

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan mereka tidak bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Q.s. Yunus: 62-4).

Walimah Mantan Komender Muslim Youth Smart Camp'08 (My Smac'08)


BismiLlahiRrahmaniRRahim
Dengan suka cita nya, pengumuman dan pemberitahuan walimah mantan Komender My Smac'08 Cikgu Karyah Ezwan bin Karim bersama pasangan hatinya Normala AbduLlah akan berlangsung tak lama lagi..
Berikut merupakan butiran yang berkaitan :
Tarikh : 1 Februari 2009 (Ahad)
Tempat : SBPI Selandar
Masa : 11 pagi - 5 petang
Semoga kehadiran anda, warga My Soff01, My Concern dan My Smac'08 menambah seri bagi majlis ini.
Jom pakat-pakat makan nasi minyak free dari Cikgu Karyah Ezwan!
Serbu ramai-ramai...

Tuesday, January 13, 2009

.....scHeDuLe usRah pErtaMa....




Assalamualaikum wbt....


perhatian kepada smua ahli MySoff01(muslimin & muslimat)

Usrah pertama akan diadakan dan berikut adalah schedule tentang usrah tersebut:


Hari: sabtu (17 jan 09/20 Muharam 1430)-muslimat
ahad (18 jan 09/21 Muharam 1430)-muslimin

Tempat:dataran pahlawan(berhadapan mahkota prade)-muslimat
sekitar mahkota prade-muslimin

Masa:10.01 a.m
  • kepada muslimat dikehendaki berkumpl di Melaka Central(MC) pd pkl 8.45 a.m utk pergi kesana.
insyallah jika tiada aral melintang
fasi2 MyConcern akan membimbing usrah tersebut antara nye :


Cikgu Karyah Ezwan bagi usrah muslimin

dan usrah muslimat, Kak Hasyimah Hashim & Kak Aina Dayana Hilmi.




Align Centre
p/s:smua ahli MySoff01 dikehendaki memiliki

buku yg bertajuk "apa ertinya saya menganut islam"


penulis : Saudara Fathi Yakan

terbitan Pustaka Salam

untuk mengikuti silibus usrah dgn lancar...harap maklum syukran=)


insya'Allah muslimin akan membincang kan tentang isu palestin dlm usrah

dan muslimat dikehendaki mencari bahan tentang PENGKID
kerana akan diadakan task tentang isu tersebut...

JGN LUPA DTG USRAH YE..


WaLlahulam...=)







Saturday, January 10, 2009

Family Day My Soff01 (2)

10 Januari 2009 bersamaan 13 Muharam 1430H Sabtu, Madrasah Annuriah Ad-Diniah, Sg Udang Melaka, telah berlangsung Majlis Family Day buat julung kalinya anjuran My Soff01. Hampir 30 orang yang menghadiri majlis tersebut. Turut menerikan majlis ialah Ustaz Mohsen bin Ja'amad, Cekgu Karyah Ezwan, dan para fesilatator yan gtelah mendidik ahli My Soff01 dalam My Smac'08 ( Muslim Youth Smart Camp'08 ), Majlis Teringgi My Soff01 serta para tenaga pendidik yang baru.


aksi-aksi sebelum majlis bermula, di depan, di belakang,
pelbagai gaya ditontonkan
setelah lama tidak berjumpa dengan warga My Soff01

Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis saudara Muhammad Asyraf bin Abd Jamil. Saudara Muhammad Muzzammil B Abu Bashar (Biro Dakwah dan Tarbiyah My Soff01) telah membacakan doa sebelum menjemput Cikgu Karyah Ezwan memberi ucapan.

Di dalam ucapan Cikgu Karyah Ezwan (mantan Komander My Smac’08) membicarakan tentang pengenalan My Soff01 yang dihasilkan melalui program My Smac'08 yang dianjurkan oleh Muslim Youth Concern Society (MyConcern).

Antara peranan ahli My Soff01 di dalam gerak kerja mereka ialah menarik seberapa ramai ahli bagi menyertai pergerakan My Concern dan

My Soff01 untuk menyebarkan budaya Islam kepada masyarakat khususn

ya pemuda-pemudi di Melaka. Perancangan gerak kerja My Soff01 pada jangka masa yang panjang ialah ahli My Soff01 akan diserah kepada jama'ah di setiap universiti apabila peserta menjejak kaki di menara gading untuk menimba ilmu sebagai mahasiswa dan mahasiswi nanti. Peserta bakal ditarbiyah dan membentuk peribadi di dalam jama’ah tersebut

seterusnya apabila selesai

pengajian mereka, diharap mereka kembali ke Melaka dan bekerja di sini seterusnya turut menggerakkan dakwah dan tarbiyah di bumi Melaka pada suatu hari nanti. Beliau turut mengingatkan bahawa ahli My Soff01 merupakan generasi pelapis untuk menggerakkan dakwah dan tarbiyah di Melaka kerana realitinya di Melaka kekurangan belia yang menggerakkan kerja dakwah dan tarbiyah.



Seterusnya beliau turut menjemput hadirin yang menghadiri Majlis Family Day tersebut ke Walimatul'urus beliau pada 1 Februari 2009. (Kami warga My Soff01 mengucapkan tahniah kepada Cikgu Karyah Izwan yang bakal membina 'mahligai rumah tangga' :) )


..Terima kasih kerana sudi menjemput kami :) Tahniah yep...


Ucapan Perasmian oleh Ustaz Mohsen bin Ja'amad


Majlis dirasmikan oleh Ustaz Mohsen B Jama'ad setelah selesai ucapan Cikgu Karyah Izwan. Di dalam ucapan perasmian Ustaz Mohsen, beliau menyentuh isu semasa iaitu ser

angan yang di hadapi oleh Palestine dan sejarahnya. Beliau membicarakan pengajaran terhadap isu tersebut dengan mengutarakan persoalan pada permulaannya, iaitu "mengapakah negara Islam yang lain aman berbanding Palestine, Iraq dan Afghanistan?".

Sejak Nabi SAW mengusai Madinah, pertempuran iman dan kufur sering berlaku, begitu juga negara umat Islam

yang tidak diserang hakikatnya telah diserang dengan perang saraf yang amat dahsyat. Mereka diserang dengan hiburan yang melampau dan budaya barat yang bertentanagn dengan ajaran Islam sehingga melupakan saudara seIslam mereka yang menghadapi ujian dan serangan oleh pelbagai pihak yang memusushi Islam dan berbeza dengan Iraq,Palestine dan Afghanistan di mana penduduknya tidak menerima b

udaya barat masuk ke dalam diri mereka, maka, mereka inilah yang diserang secara zahirnya oleh mereka

yang memusuhi Islam termasuk Israel la'knatuLlah.




Di dalam ucapan beliau turut mengingatkan ahli My Soff dan hadirin pada pagi tersebut dengan ayat :

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى


Sesungguhnya mereka itu adala

h pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)
Pemuda merupakan agen penggerak dakwah Islam di setiap zaman. Di dalam Al-Quran turut membuktikan bahawa pemuda merupakan aset penggerak dakwah misalnya ashabul kahfi, ghulam da'kwah dan di dalam sirah Nabi SAW menunjukkan golongan awal yang memeluk Islam kebanyakannya daripada anak

muda seperti AbduLlah bin Abu Bakar, Zaid bin Harithah dan Saidina Ali bin Abi Thalib. Maka beliau menging

atkan bahawa kehadiran My Soff01 di dalam gerakan ini merupakan aset penting dalam kebangkitan da'kwah berdasarkan catatan sejarah dan Al-Quran

turut menceritakan bahawa pemuda sebagai penggerak dakwah. Beliau turut menyatakan bahawa perjalanan My Soff01 baru bermula dan perjalanan ini pastinya sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Utsaz Mohsin mengingatkan agar tidak sertai My Soff01 atas dasar semangat semata-mata, namun perlu disertai dengan kefahaman dan menyebut peringkat dakwah ialah ta'arif (pengertian/kefahaman), Taqwim (Pembentukan untuk menjadi da'ie) dan Tanfis.




Beliau menyentuh episod lalu yang menyebabkan tertubuhnya My Soff01 bermula daripada perbualan tiadanya gerakan pemuda yang tersusun di dalam dakwah di Melaka bersama sahabat usrah beliau semasa berbuka puasa di Medan Ikan Bakar Umbai seterusnya beliau bersama sahabat beliau melakukan gerak kerja yang lebih serius dengan bermesyuarat untuk mengadakan My Smac08 pada hari Isnin 10 November 2008 iaitu sehari sebelum calon SPM menduduki peperiksaan tersebut kemudian

My Smac’08 diadakan pada 15-19 Disember 08 dan dan melalui program tersebut My Soff01 dilahirkan dengan jayanya :) sehinggalah sekarang My Soff01 masih bertatih di dalam arena ini.

Akhir kalam beliau memesan kepada ahli My Soff01 agar tsabat (menurut Imam Hasan AlBanna Tsabat ialah seorang akh perlu memastikan sentiasa bekerja tanpa berhenti sesaat ) dan istiqamah kerana perjuangan dakwah adalah jauh.

Antara Fesi yang Hadir


Firman Allah SWT bermaksud :" Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutmu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka."
Surah At-Taubah ayat 42.

Seterusnya mengingatkan sekali lagi agar tidak menyertai jama'ah kerana duniwai tetapi sertailah jama'ah kerana kefaman, kerana Allah SWT.

Beliau merasmikan majlis dan mengakhiri ucapan perasmian beliau dengan doa keselamatan dan kemenangan umat Islam terutamanya di Palestine. Hadirin meng-amin-kan doa beliau.





Barisan Majlis Teringgi Muslimin My Soff01


Barisan Majlis Terting Muslimat My Soff01


Acara seterusnya ialah perbentangan isi/usul pada mesyuarat kali pertama pada 29 Disember 2008 bersamaan awal Muharam yang lalu bermula. Di dalam perbentangan tersebut turut memperkenalkan 5 ahli baru My Soff01 yang turut hadir di dalam Majlis Family Day My Soff01, seterusnya mengalu-alukan kehadiran mereka bersama warga My Soff01 kelak.
Hadirin juga berpeluang mendapatkan CD My Smac'08 dengan harga RM 5 dan diberi info berkaitan t-shirt My Soff01,yuran tahunan sebanyak RM20 dibayar pada Tamrin bulan 4,pengumuman tarikh 24 Disember setiap tahun merupakan hari Reunion My Soff01 dan usrah muslimin yang terdekat pada 18 Januari 2009, Ahad manakala usrah muslimat dijalankan pada 17 Januari 2009 Sabtu


Penerangan dari Rais/Presiden dan timbalan My Soff01

Berbincang sesuatu


.




Gembira dengan kehadiran ahli baru. Ahlan wasahlan wamarhaban bikum.






My Concern turut bermesyuarat merancang gerak kerja yang berikutnya.

Cikgu Karyah sempat menyampaikan kad walimah nya...


Seterusnya, pada pukul 12.30 tengahari, usrah dijalankan. Pada saat tersebut, hadirin warga My Soff01 berpeluang membicarakan pelbagai isu bersama fesi yang hadir, dan turut memperkatakan berkaitan Palestine dan tindakan untuk membantu rakyat Palestine daripada terus diserang oleh Yahudi. Antara tindakan tersebut ialah boikot agar ekonomi Yahudi terjejas seterusnya menghadapi kekurangan dana untuk terus menganiayai rakyat Palestine.


Usrah dijalankan.




Fesi muslimat yang turut hadir


1.00 petang, hadirin bersedia untuk solat Zohor berjemaah, selepas itu mereka disajikan dengan 'Sajian' Murni' iaitu makan sebelum bersurai.


Hidangan disediakan secara percuma disebabkan individu yang bermurah hati memberikan sumbangan. JazakaLlahu khairan jaza' untuk pihak tersebut.

Pada 2.15 petang majlis bersurai dengan harapan agar dapat bertemu lagi liqa' Mahabbah ini pada masa akan datang. Dijangka Liqa' Mahabbah ini bakal diadakan pada 17 Januari 2009 bersamaan 20 Muharam 1430H, Sabtu, di dalam usrah bagi muslimat dan 18 Januari 2009 bersamaan 21 Muharam 1430H, Ahad bagi muslimin. Pada 17 Januari juga seramai 5 orang warga My Soff01 bakal berangkat ke Kelantan bagi memulakan sesi perjuangan mereka mengambil STAM pada tahun ini (2009) dan diharap warga My Concern dan My Soff01 dapat mendoakan pemergian mereka, moga-moga pemergian dan kepulangan mereka nanti dapat memberi manfaat kepada gerak kerja My Soff01 dan My Concern pada masa akan datang dan kepada warga My Soff01 dan My Concern.




Secara realitinya, terpancar sinar kebahagian dan kegembiraan di dalam pertemuan ini dan berdoalah agar kita dapat istiqamah dan tsabat dijalan ini dan ukhwah semakin mantap agar perjuangan semakin mudah diharungi bersama-sama. Dengan izin Allah, jumpa lagi pada masa akan datang. Allahua'alam.








Family Day My Soff01 (1)

Assalamualaikum wbt.

My Soff01 menganjurkan Family Day dan beikut adalah maklumat tentang program Family Day My Soff01.

Hari : Sabtu (10 Jnauari 2009/13Muharam 1430H)

Masa : 10pagi-1.45 petang.

Perasmi : Ustaz Mohsin bin Jaamat (Pengarah Program My Smac'08)

Acara yang dirancang :

8.30pagi : Berkumpul di Melaka Central (MC)
9.00pagi: Bertolak ke Madrasah An-Nuriah Ad-dieniyah.
10.00 pagi : Majlis Bermula, Perasmian Majlis oleh Ustaz Mohsin bin Ja'amad (Pengarah Program My Smac'08)
10.30 pagi : Perbentangan isi semasa mesyuarat kali pertama 29 Disember 2008
/ 1 Muharam 14630H Isnin
12.00 tengahari : Usrah di jalankan
12.30 : 'Sajian Murni' / Makan tengahari
1.15 petang : Solat Zohor berjemaah
1.45 petang : Bersurai

Semoga program Family Day kali pertama merapatkan lagi ukhwh sesama My Soff01, My Concern dan My Smac'08 seterusnya melancarkan gerak kerja bersama.
waLlahua'alam.

Wednesday, January 7, 2009

Design Tshirt My Soff01

Design Tshirt MUSLIMIN My Soff01









Gambar yang dicadangkan
Gambar 1 :


Gambar 2 :


Gambar3:


Gambar 4:







Design Tshirt MUSLIMAT My Soff01