Wednesday, April 28, 2010

Penawar Hati???

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.



Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

******

Antara amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan untuk membersihkan hati ialah dengan :

-Banyak mengingati Allah dengan berzikir.
-Memperbanyakan solat-solat sunat terutamanya solat taubat.
-Berdoa kepada Allah supaya hati bersih.
-Redha dengan ketentuan Ilahi. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
-Jaga makanan supaya hanya bersumber dari rezeki yang halal, elakkan makan makanan yang syubhah.

*******

Anda mahu menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.


Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.



Tuesday, April 27, 2010

WAJAH ORANG-ORANG BERIMAN BERCAHAYA, DAN WAJAH ORANG-ORANG KAFIR DILIPUTI KEHINAAN

Salah satu rahsia yang diungkapkan Allah dalam al-Qur'an adalah bahawa keimanan dan kekufuran tercermin di wajah dan kulit manusia. Di beberapa ayat, Allah memberitahukan bahawa terdapat cahaya di wajah orang-orang beriman, sedangkan wajah orang-orang kafir diliputi kehinaan:

“Dan kamu akan melihat mereka dihadapkan ke neraka dalam keadaan tunduk Kerana hina, mereka melihat dengan pandangan yang lesu …” (Q.s. asy-Syura: 45).

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik dan ada tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak pula kehinaan. Mereka itulah penghuni surga, mereka kekal di dalamnya. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan memperoleh balasan yang setimpal dan mereka diliputi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari azab Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gulita. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Q.s. Yunus: 26-7).

Sebagaimana dinyatakan dalam ayat-ayat tersebut, wajah orang-orang kafir diliputi oleh kehinaan. Sebaliknya, wajah orang-orang beriman bercahaya. Allah menyatakan bahawa mereka dikenal Kerana adanya bekas sujud pada wajah mereka:

“Muhammad itu adalah Utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud…” (Q.s. al-Fath: 29).

Dalam ayat-ayat lainnya, Allah memberitahukan bahawa orang-orang kafir dan orang-orang yang berdosa dikenali dari wajah
mereka:

“Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubunubun dan kaki mereka.” (Q.s. ar-Rahman: 41).

“Dan kalau kami menghendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benarbenar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka, dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu.” (Q.s. Muhammad: 30).

Keajaiban dan rahasia penting yang diungkapkan dalam al-Qur'an adalah adanya perubahan fizik yang terjadi pada wajah seseorang. Hal itu tergantung pada keimanan dan dosa seseorang. Keadaan ruhani menghasilkan pengaruh fizik pada tubuh, sekalipun bentuknya tetap sama, namun ekspresi wajah dapat berubah, yakni wajahnya diliputi kegelapan atau cahaya. Jika Allah menghendaki, orang yang beriman dapat melihat keajaiban ini yang ditunjukkan kepada orang-orang.

Monday, April 19, 2010

Kesan Zikir Terhadap Otak?


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.


Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.


Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Oleh itu marilah sama-sama kita banyakkan berzikir.


*Entry asal di http://www.halaqah.net

Monday, April 5, 2010

Impresif Sains Dalam al-Quran




Oleh HAPPIS BASHA

SIAPA kata al-Quran tidak meliputi bidang sains? Teori Big Bang yang dikemukakan Hubble menemukan bahawa alam semesta ini terjadi berupa gumpalan, kemudian meledak sehingga terjadi berjuta-juta galaksi.

Teori tersebut dikemukakan Hubble pada tahun 1927, dan di dalam al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pada sekitar tahun 600 Masihi lalu telah dinyatakan menerusi surah al-Anbiya´, ayat 30 yang bermaksud: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu kedua-duanya nya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya (dengan kekuatan Kami).“

Ternyata al-Quran tidak dapat disanggah lagi apabila Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? Dan, matahari bergerak pada garis edarnya. Demikian ketetapan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Mengetahui." (Surah Yaasin: 38).

Bukankah ilmu pengetahuan moden baru menemukan bahawa matahari sebagai pusat peredaran seperti yang baru ditemukan Copernicus pada sekitar abad ke-15?

Tanda yang tersendiri, yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t di dalam ayat tersebut adalah perjalanan matahari pada orbitnya sehingga ke penghujung pusingannya. Pusingan tersebut adalah satu ketentuan dan ketetapan daripada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Menguasai bagi setiap sesuatu.

Terdapat dua pendapat ulama tafsir yang mentafsirkan maksud orbit, iaitu suatu tempat yang berada di bawah Arasy yang hampir dengan bumi pada suatu arah di mana kedudukan matahari dan sekalian makhluk masih tetap berada di bawah Arasy.

Kedua, tahap akhir perjalanannya, iaitu hari kiamat. Ini telah dibuktikan oleh ahli astronomi bahawa terdapat pertambahan putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang disebabkan pusingan bumi di sekeliling matahari setahun sekali.

Bagi matahari, terdapat dua pergerakan yang lain, iaitu pusingan di atas paksi dan pusingan beserta dengan pengiringan planet-planet yang bergerak di sekitar sistem solar dan galaksi dengan kecepatan yang amat tinggi.

‘Mustaqir’ pada pandangan ulama yang pertama adalah merupakan paksi yang tetap, manakala ulama yang kedua berpendapat ia merupakan pergerakan sistem solar bersama-sama kumpulan planetnya (Tafsir al-Munir, jld. 23, hlm. 15-17).

Kemudian hal tersebut dipersetujui oleh Albert Einstein untuk menggugurkan teori yang dikemukakan Plato (teori bumi sebagai pusat peredaran). Dan bukankah setiap benda bergerak menurut garis edarnya, seperti halnya malaikat yang mengelilingi Arasy Allah s.w.t, elektron mengelilingi inti atom, dan manusia melakukan tawaff mengelilingi Kaabah?

Seperti yang diketahui, arah kiblat menggunakan posisi matahari yang ‘beristiwa’ (transit) di atas (zenith) Kaabah atau Masjidil Haram. Fenomena ini berlaku apabila matahari dalam terbit dan terbenamnya mengikut rutin hariannya, mengalami tengah hari (disebut istiwa/transit) tepat atau hampir tepat pada titik zenith (dengan kata lain, berada betul-betul di atas Masjidil Haram atau Kaabah. Peristiwa ini hanya berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei, dan 16 Julai setiap tahun. Sekalipun terdapat pandangan mengenai tahun lompat dan sebagainya, sebagai suatu kaedah rujukan bayang, selisih yang wujud adalah kecil, justeru nilai atau tarikh di atas boleh digunakan setiap tahun.

Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah-olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ia dapat disaksikan dari setiap pelosok bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari). Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat.

Oleh sebab kaedah hitungan falak boleh digunakan untuk menghitung bila waktunya peristiwa ini berlaku di Kaabah, umat Islam di negara lain hanya perlu merujuk kepada perbezaan waktu sahaja. Malaysia berbeza lima jam dengan Mekah, justeru tengah hari di Mekah adalah bersamaan pukul 5.16 petang dan 5.28 petang 16 Julai di Malaysia.

Maka, pada waktu yang berkenaan, rujuk bayang objek tegak seperti tiang, dinding dan sebagainya, kemudian berdirilah di hujung bayang tersebut menghadap objek berkenaan (bersamaan menghadap ke arah matahari), dan anda menghadap arah kiblat.

Kita semua tentu ingat sebuah dokumentari (Discovery) di sebuah saluran televisyen swasta yang mengisahkan tentang kehidupan laut. Mr. Costeau dalam penjelajahan di lautan, menemukan fenomena yang sangat ganjil, iaitu adanya air tawar di tengah lautan yang tidak bercampur dengan air laut yang masin seolah-olah terdapat dinding yang membatasinya.

Sebagai penjelajah laut, Costeau sangat terkejut. Bagaimanapun, bagi umat Islam yang mengetahui, penemuan ini tidak begitu mengejutkan. Di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 53 dengan amat terang menjelaskan hal itu. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan, Dialah yang menciptakan dua laut mengalir (berdampingan) yang satu tawar lagi segar dan yang lainnya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalanginya.”

Al-Quran juga telah membuktikan kebenaran, iaitu kata “yaum” yang bermaksud “bulan”, hanya terdapat 12 kali. Kata panas dan dingin, masing-masing diulangi sebanyak empat kali, sementara dunia dan akhirat, hidup dan mati, syaitan dan malaikat, dan masih banyak lainnya, semuanya seimbang dalam jumlah yang serasi atau sejajar dengan tujuannya dan indah kedengaran.

Ditemukan tiga bukti kebenarannya. Pertama, keindahan, keserasian dan keseimbangan kata-katanya. Kata ”yaum” yang bererti "hari", dalam bentuk tunggalnya berulang sebanyak 365 kali (ini sama dengan setahun), dalam bentuk jamak diulangi sebanyak 30 kali (ini sama dengan sebulan).

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah s.w.t ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah s.w.t semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. (Ketetapan) yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa." (Surah at-Taubah: 36)

Sehubungan itu, Ulil Albab adalah golongan yang diistimewakan dan yang disebut Allah di dalam al-Quran. Sebanyak 16 kali disebut di dalam al-Quran. Ulil Albab menggunakan kurniaan akal untuk merenung setiap kejadian di alam semesta yang maha luas ini. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)”. (Surah Ali-Imran: 190)

Al-Quran menjelaskan bahawa alam dan segala kandungannya adalah ciptaan Maha Pencipta, Allah s.w.t. Dia telah memerintahkan kepada orang yang dikurniakan akal fikiran itu agar mengamati kejadian di alam cakerawala ini. Oleh kerana itu manusia perlu mengkaji mengenai rahsia-rahsia alam yang masih tidak diketahui.
Allah s.w.t bukan sahaja Pencipta Alam, tetapi juga memelihara, mengawal, dan mengurus segala juzuk alam daripada sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Semuanya tunduk kepada hukum dan peraturan yang telah ditetapkan.

Lihat bagaimana Allah memelihara perjalanan matahari yang bersaiz 99.9% daripada saiz objek-objek sistem suria, mengharungi alam cakerawala pada orbitnya sejak dari mula ia diciptakan hingga ke hari ini dan akan datang.
Allah juga yang mengawal dan mengurus tentang proses penghasilan tenaga matahari melalui proses tindak balas nuklear setiap saat sebanyak 4 x 1026 Joule sesaat, menyamai 100 bilion 1 megaton bom nuklear. Tenaga yang hebat ini dibebaskan setiap saat sejak dari zaman dahulu hingga kini dan akan datang.

Bagaimana pula kehebatan Maha Pencipta yang mengatur perjalanan siang dan malam? Bagaimana bahagian malam akan menutup bahagian siang bumi dengan kelajuan 1700 km sejam (470 meter sesaat) dalam tempoh 24 jam?

Setiap bahagian bumi mendapati siang dan malam mengikut kadarnya yang tertentu. Bagaimana teliti dan hebat, bumi yang besar dengan diameter 12,756 km beredar laju dengan kelajuan 30 km sesaat mengelilingi matahari sejauh 960,000,000 km dalam masa 365.25 hari. Begitu juga bulan -- bagaimana teratur dan telitinya ia beredar mengelilingi bumi dengan kelajuan 61.8 km sejam tanpa terlewat atau tercepat daripada masa yang ditetapkan.

Sudah tentunya al-Quran dan sains saling berkait rapat. Jika difikir dan direnung dengan akal yang waras, sudah tentu keadaan sebegitu berlaku melalui satu perancangan dan pentadbiran yang teliti dan tidak mungkin hal tersebut berlaku dengan sendirinya.

Imam Al-Ghazali menyatakan. “Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (makrifatullah) dan mengagungkan-Nya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahluk-Nya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung di dalam segenap ciptaan-Nya.”





[sumber]

Sunday, April 4, 2010

H1N1 ragut 2 beranak di Melaka

KUALA KUBU BHARU, 3 April — Seorang ibu dan anaknya yang sarat mengandung adalah dua mangsa terbaru yang meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Beliau berkata kedua-dua wanita yang disahkan positif H1N1 itu meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan semalam di Hospital Melaka.

Bagaimanapun, Liow memberitahu pemberita bahawa keadaan jangkitan H1N1 di negara ini pada keseluruhannya semakin baik.

“Saya nak yakinkan orang ramai keadaan semakin pulih. Kementerian Kesihatan lebih tahu situasi dan faham keadaan lebih baik. Sekiranya ada gelombang kedua pihak kementerian akan umum,” katanya di sini.

Mengulas mengenai kedua-dua kes tersebut, Liow berkata dalam kes pertama wanita berusia 54 tahun itu meninggal dunia akibat komplikasi diabetes selepas dimasukkan ke hospital pada Selasa lepas dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI).

Wanita itu telah diberikan rawatan Tamiflu bagaimanapun masalah kencing manis yang tidak terkawal menyebabkan komplikasi “severe metabolic acidosis” akibat kegagalan buah pinggang, jangkitan kuman lain dan kencing manis, katanya.

Liow berkata anak wanita itu pula yang berusia 29 tahun dan sedang mengandung 36 minggu dimasukkan ke hospital dengan tanda kelemasan bayi dalam kandungan.

“Pada masa yang sama, wanita itu turut menunjukkan gejala ILI dan disahkan positif H1N1. Rawatan Tamiflu dimulakan bagi menyelamatkan bayi dan pembedahan dilakukan pada hari yang sama.

“Selepas pembedahan, wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi mengalami komplikasi dan meninggal dunia semalam akibat ‘‘Adult Respiratory Distress Syndrome’’,” katanya.

Beliau berkata ujian terhadap bayi wanita itu bagaimanapun negatif untuk H1N1 dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mengulas mengenai jangkitan itu pada keseluruhannya, Liow berkata sehingga pukul 6 petang semalam seramai 26 orang telah disahkan positif H1N1, dan sebanyak 375 kes ILI sedang dirawat di hospital di seluruh negara.

Liow berkata orang ramai yang berisiko seperti wanita hamil, penghidap penyakit kronik boleh mendapatkan suntikan vaksin H1N1 di 104 fasiliti kesihatan.

Orang ramai boleh layari laman web www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my untuk maklumat lanjut. — Bernama

[SUMBER]

My Soff01> menurut laporan dari http://h1n1.moh.gov , terdapat 6 kejadian kluster ILI telah dilaporkan sepanjang minggu lalu. Satu kejadian di Ladang Sime Darby Merlimau Estate Melaka (melibatkan 16 pekerja), satu di Madrasah Tahfiz Raudatul Muslihin Masjid Tanah Melaka (31 pelajar), satu di IKM Jasin Melaka (7 pelajar), satu di Rumah Anak Yatim Vidyalaya Kuala Kubu Bharu Selangor (9 orang), satu di Sekolah Menengah Agama Rantau Abang Dungun Terengganu (5 pelajar) dan satu di Hospital Serdang Selangor (15 kakitangan). Kesemua kejadian kluster tersebut adalah positif influenza A (H1N1)...

Maka seeloknye kita teruskan langkah berjaga-jaga dari diserang penyakit ini dengan mengambil langkah pencegahan seperti :

• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.

• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.

• Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkankemungkinan jangkitan.

• Jika berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada ditempat awam yang sesak.
• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahanyang perlu diambil.
• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

Dapatkan maklumat yang benar dan sahih. Lihat di laman web ini untuk keterangan lanjut. http://www.myhealth.gov.my