Tuesday, February 16, 2010

FAMILY DAY MY SOFF 01 KALI KE 2



AlhamduliLLAHI , segala puji bagi ALLAH SWT, selawatdan salam ke atas Nabi Junjungan Mulia, ahli Keluarga dan Para Sahabat baginda.


14 FEB 2010, Pantai Puteri, My Soff01 telah Berjaya menganjurkan sebuah program yang amat bermakan bagi My Soff01 iaitu Family Day My Soff01 kali kedua setelah diadakan untuk pertama kalinya di Madrasah Annuriah Sg Udang, tahun lalu..

Antara objektif program Family Day My Soff01 ialah untuk merapatkan lagi ukhwah antara ahlli My Soff01 serta mereka yang seangkatan dengan My Soff01 iaitu My Soff02 dan My Concern.

Untuk permulaan majlis pada 10pagi, telah diadakan sesi pendaftaran dan sesi ucapan alu-aluan dan taklimat program yang disampaikan oleh Saudara Muhamad Zul Affandi Rahmad. Majlis diteruskan dengan ucapan timbalan pengarah Family Day, saudari Nurulain Mohd Zaid bagi mewakili Pengarah Program Family Day, saudara Badrul Amin Ashaari yang tidak dapat hadir pada hari itu kerana ditimpa kemalangan sehari sebelum program bermula. Di dalam ucapan Timbalan Pengerusi Program Family Day My Soff01, beliau menyentuh objektif program dan mengucapkan penghargaan kepada hadirin yang sudi hadir pada program tersebut. Bagi memenuhi permintaan dari hadirin dan melaksanakan cadangan Ketua bahagian muslimat My Soff01, Saudari Maisya Azila Ismaon dan persetujuan semua AJK Family Day, panggilan kepada Pengarah Program telah dibuat melalui telefon bimbit bagi memberi sedikit ucapan di dalam majlis tersebut melalui talian. Di dalam ucapan beliau yang ketika itu terpaksa berehat di rumah setelah mengalami kecelakaan jalan raya, beliau menyentuh objektif program dan perihal ukhwah serta berkongsi hikmah kejadian menimpa beliau agar barisan tenaga penggerak program Family Day My Soff01 dapat melaksanakan tugasan dengan teratur melalui kerjasama yang ditonjolkan dan menerima kehendak Ilahi dengan penuh kesabaran. Beliau berkata program yang dijalankan ini juga sebagai salah satu cara untuk berdakwah kepada masyarakat sekeliling dalam menjalankan aktiviti dalam masa yang sama menjaga syariat Islam, seperti tidak meninggalkan solat walaupun melaksanakan program,menutup aurat dan tidak melakukan pergaulan bebas.

Majlis diteruskan dengan ucapan Cikgu Karyah Ezwan, di dalam ucapan,beliau mengulas kembali matlamat My Concern dan menyentuh perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan oleh ahli My Soff01 dan My Soff02 pada masa akan datang terutamanya selepas memasuki alam kampus. Ahli My Soff perlu melibatkan diri di dalam usrah dan jama’ah yang sepatutnya dan yang dicadangkan oleh My Concern bagi memastikan ahli mendapat tarbiyah dan mengikuti persatuan tersebut dengan sebaiknya seterusnya mengelakkan daripada berada jauh dari landasan menegakkan Islam di dalam diri dan masyarakat sekeliling seperti membudayakan cara hidup Islam yang sebenar-benarnya tanpa melanggar syariat Islam. Beliau juga berkongsi maklumat mengenai antara perancangan jangka masa panjang My Concern yang bakal menubuhkan koperasi dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk ahli My Concern melalui penubuhan koperasi tersebut yang dipercayai bakal menjana pendapatan yang tinggi untuk My Concern umumnya dan untuk Islam khususnya. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada My Soff01 yang Berjaya mengadakan program ini kali kedua dan mengatakan bahawa program yang diadakan penting bagi mentarbiyah diri cara menguruskan organisasi ,mengadakan program dan bagi merapatkan ukhwah antara ahli yang sekian lama tidak bersua.

Kak Juwita menerangkan sesuatu di dalam halaqah. ;)

~Penyeri majlis~=)

Seterusnya, majlis diisi dengan sesi ta’aruf dan halaqah mahabbah. Suasana kedua sesi tersebut menjadi semakin ceria dan harmoni dengan persekitaran yang menyenangkan,sambil melihat pemandangan indah di tepi pantai ciptaan Ilahi serta menghirup udara segar.


Majlis diteruskan dengan hidangan makan tengahari yang disediakan oleh ‘ustaz Wak’ dari Madrasah An-Nuriah. Selepas menikmati santapan jasmani, hadirin melaksanakan kewajipan sebagai muslim di tepi pantai tersebut iaitu solat zohor. Solat Zohor yang diadakan dilaksanakan secara berjemaah di Pantai Puteri. Selesai solat berjemaah, sedikit tazkirah ringkas disajikan buat hadirin yang hadir bagi menyuburkan jiwa mereka dengan ingatan dan pesanan buat diri sebagai seorang muslim dalam menjalani kehidupan seharian.


Mengambil wudhu’ di pantai dan sedikit kata-kata dari Cikgu Karyah Ezwan sebelum solat.


selepas menunaikan solat Zohor di tepi pantai, sedikit tazkirah ringkas disampaikan oleh Cikgu Karyah Ezwan

Selesai solat

Aktiviti seterusnya diadakan pada pukul 2.30petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah,bola sepak,bola beracun,’all for one’ dan lain-lain. Aktiviti tersebut dijalankan secara berasingan di antara muslimin dan muslimat.

Antara aktiviti yang dijalankan di Pantai Puteri

Kemuncak program

Kemuncak program Family Day My Soff01 kali ke 2 pada hari tersebut ialah ‘post mortem’ program. Melalui ‘post mortem’ ini, semua pihak terutamanya pihak penganjur dapat menghitung sendiri kebaikan dan kecacatan program yang boleh dijadikan pengalaman,tauladan serta kenangan terindah di dalam kamus kehidupan hadirin yang hadir. Majlis bersurai pada pukul 4.15petang. Semoga dapat bertemu kembali dan diharap, program yang baik seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang bagi menguatkan ukhuwah antara My Soff01 dan Soff yang lain serta My Concern. WaLLAHUa’lam.

1 comments:

Awrapurnama said...

yg xpernah bertemu, dpertemukan jg dlm family day ni.. progm ini merupakn iftitah kpd progm yg lbh akbar.. inshaAllah..
=)