Saturday, January 10, 2009

Family Day My Soff01 (2)

10 Januari 2009 bersamaan 13 Muharam 1430H Sabtu, Madrasah Annuriah Ad-Diniah, Sg Udang Melaka, telah berlangsung Majlis Family Day buat julung kalinya anjuran My Soff01. Hampir 30 orang yang menghadiri majlis tersebut. Turut menerikan majlis ialah Ustaz Mohsen bin Ja'amad, Cekgu Karyah Ezwan, dan para fesilatator yan gtelah mendidik ahli My Soff01 dalam My Smac'08 ( Muslim Youth Smart Camp'08 ), Majlis Teringgi My Soff01 serta para tenaga pendidik yang baru.


aksi-aksi sebelum majlis bermula, di depan, di belakang,
pelbagai gaya ditontonkan
setelah lama tidak berjumpa dengan warga My Soff01

Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis saudara Muhammad Asyraf bin Abd Jamil. Saudara Muhammad Muzzammil B Abu Bashar (Biro Dakwah dan Tarbiyah My Soff01) telah membacakan doa sebelum menjemput Cikgu Karyah Ezwan memberi ucapan.

Di dalam ucapan Cikgu Karyah Ezwan (mantan Komander My Smac’08) membicarakan tentang pengenalan My Soff01 yang dihasilkan melalui program My Smac'08 yang dianjurkan oleh Muslim Youth Concern Society (MyConcern).

Antara peranan ahli My Soff01 di dalam gerak kerja mereka ialah menarik seberapa ramai ahli bagi menyertai pergerakan My Concern dan

My Soff01 untuk menyebarkan budaya Islam kepada masyarakat khususn

ya pemuda-pemudi di Melaka. Perancangan gerak kerja My Soff01 pada jangka masa yang panjang ialah ahli My Soff01 akan diserah kepada jama'ah di setiap universiti apabila peserta menjejak kaki di menara gading untuk menimba ilmu sebagai mahasiswa dan mahasiswi nanti. Peserta bakal ditarbiyah dan membentuk peribadi di dalam jama’ah tersebut

seterusnya apabila selesai

pengajian mereka, diharap mereka kembali ke Melaka dan bekerja di sini seterusnya turut menggerakkan dakwah dan tarbiyah di bumi Melaka pada suatu hari nanti. Beliau turut mengingatkan bahawa ahli My Soff01 merupakan generasi pelapis untuk menggerakkan dakwah dan tarbiyah di Melaka kerana realitinya di Melaka kekurangan belia yang menggerakkan kerja dakwah dan tarbiyah.



Seterusnya beliau turut menjemput hadirin yang menghadiri Majlis Family Day tersebut ke Walimatul'urus beliau pada 1 Februari 2009. (Kami warga My Soff01 mengucapkan tahniah kepada Cikgu Karyah Izwan yang bakal membina 'mahligai rumah tangga' :) )


..Terima kasih kerana sudi menjemput kami :) Tahniah yep...


Ucapan Perasmian oleh Ustaz Mohsen bin Ja'amad


Majlis dirasmikan oleh Ustaz Mohsen B Jama'ad setelah selesai ucapan Cikgu Karyah Izwan. Di dalam ucapan perasmian Ustaz Mohsen, beliau menyentuh isu semasa iaitu ser

angan yang di hadapi oleh Palestine dan sejarahnya. Beliau membicarakan pengajaran terhadap isu tersebut dengan mengutarakan persoalan pada permulaannya, iaitu "mengapakah negara Islam yang lain aman berbanding Palestine, Iraq dan Afghanistan?".

Sejak Nabi SAW mengusai Madinah, pertempuran iman dan kufur sering berlaku, begitu juga negara umat Islam

yang tidak diserang hakikatnya telah diserang dengan perang saraf yang amat dahsyat. Mereka diserang dengan hiburan yang melampau dan budaya barat yang bertentanagn dengan ajaran Islam sehingga melupakan saudara seIslam mereka yang menghadapi ujian dan serangan oleh pelbagai pihak yang memusushi Islam dan berbeza dengan Iraq,Palestine dan Afghanistan di mana penduduknya tidak menerima b

udaya barat masuk ke dalam diri mereka, maka, mereka inilah yang diserang secara zahirnya oleh mereka

yang memusuhi Islam termasuk Israel la'knatuLlah.




Di dalam ucapan beliau turut mengingatkan ahli My Soff dan hadirin pada pagi tersebut dengan ayat :

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى


Sesungguhnya mereka itu adala

h pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)
Pemuda merupakan agen penggerak dakwah Islam di setiap zaman. Di dalam Al-Quran turut membuktikan bahawa pemuda merupakan aset penggerak dakwah misalnya ashabul kahfi, ghulam da'kwah dan di dalam sirah Nabi SAW menunjukkan golongan awal yang memeluk Islam kebanyakannya daripada anak

muda seperti AbduLlah bin Abu Bakar, Zaid bin Harithah dan Saidina Ali bin Abi Thalib. Maka beliau menging

atkan bahawa kehadiran My Soff01 di dalam gerakan ini merupakan aset penting dalam kebangkitan da'kwah berdasarkan catatan sejarah dan Al-Quran

turut menceritakan bahawa pemuda sebagai penggerak dakwah. Beliau turut menyatakan bahawa perjalanan My Soff01 baru bermula dan perjalanan ini pastinya sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Utsaz Mohsin mengingatkan agar tidak sertai My Soff01 atas dasar semangat semata-mata, namun perlu disertai dengan kefahaman dan menyebut peringkat dakwah ialah ta'arif (pengertian/kefahaman), Taqwim (Pembentukan untuk menjadi da'ie) dan Tanfis.




Beliau menyentuh episod lalu yang menyebabkan tertubuhnya My Soff01 bermula daripada perbualan tiadanya gerakan pemuda yang tersusun di dalam dakwah di Melaka bersama sahabat usrah beliau semasa berbuka puasa di Medan Ikan Bakar Umbai seterusnya beliau bersama sahabat beliau melakukan gerak kerja yang lebih serius dengan bermesyuarat untuk mengadakan My Smac08 pada hari Isnin 10 November 2008 iaitu sehari sebelum calon SPM menduduki peperiksaan tersebut kemudian

My Smac’08 diadakan pada 15-19 Disember 08 dan dan melalui program tersebut My Soff01 dilahirkan dengan jayanya :) sehinggalah sekarang My Soff01 masih bertatih di dalam arena ini.

Akhir kalam beliau memesan kepada ahli My Soff01 agar tsabat (menurut Imam Hasan AlBanna Tsabat ialah seorang akh perlu memastikan sentiasa bekerja tanpa berhenti sesaat ) dan istiqamah kerana perjuangan dakwah adalah jauh.

Antara Fesi yang Hadir


Firman Allah SWT bermaksud :" Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutmu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka."
Surah At-Taubah ayat 42.

Seterusnya mengingatkan sekali lagi agar tidak menyertai jama'ah kerana duniwai tetapi sertailah jama'ah kerana kefaman, kerana Allah SWT.

Beliau merasmikan majlis dan mengakhiri ucapan perasmian beliau dengan doa keselamatan dan kemenangan umat Islam terutamanya di Palestine. Hadirin meng-amin-kan doa beliau.





Barisan Majlis Teringgi Muslimin My Soff01


Barisan Majlis Terting Muslimat My Soff01


Acara seterusnya ialah perbentangan isi/usul pada mesyuarat kali pertama pada 29 Disember 2008 bersamaan awal Muharam yang lalu bermula. Di dalam perbentangan tersebut turut memperkenalkan 5 ahli baru My Soff01 yang turut hadir di dalam Majlis Family Day My Soff01, seterusnya mengalu-alukan kehadiran mereka bersama warga My Soff01 kelak.
Hadirin juga berpeluang mendapatkan CD My Smac'08 dengan harga RM 5 dan diberi info berkaitan t-shirt My Soff01,yuran tahunan sebanyak RM20 dibayar pada Tamrin bulan 4,pengumuman tarikh 24 Disember setiap tahun merupakan hari Reunion My Soff01 dan usrah muslimin yang terdekat pada 18 Januari 2009, Ahad manakala usrah muslimat dijalankan pada 17 Januari 2009 Sabtu


Penerangan dari Rais/Presiden dan timbalan My Soff01

Berbincang sesuatu


.




Gembira dengan kehadiran ahli baru. Ahlan wasahlan wamarhaban bikum.






My Concern turut bermesyuarat merancang gerak kerja yang berikutnya.

Cikgu Karyah sempat menyampaikan kad walimah nya...


Seterusnya, pada pukul 12.30 tengahari, usrah dijalankan. Pada saat tersebut, hadirin warga My Soff01 berpeluang membicarakan pelbagai isu bersama fesi yang hadir, dan turut memperkatakan berkaitan Palestine dan tindakan untuk membantu rakyat Palestine daripada terus diserang oleh Yahudi. Antara tindakan tersebut ialah boikot agar ekonomi Yahudi terjejas seterusnya menghadapi kekurangan dana untuk terus menganiayai rakyat Palestine.


Usrah dijalankan.




Fesi muslimat yang turut hadir


1.00 petang, hadirin bersedia untuk solat Zohor berjemaah, selepas itu mereka disajikan dengan 'Sajian' Murni' iaitu makan sebelum bersurai.


Hidangan disediakan secara percuma disebabkan individu yang bermurah hati memberikan sumbangan. JazakaLlahu khairan jaza' untuk pihak tersebut.

Pada 2.15 petang majlis bersurai dengan harapan agar dapat bertemu lagi liqa' Mahabbah ini pada masa akan datang. Dijangka Liqa' Mahabbah ini bakal diadakan pada 17 Januari 2009 bersamaan 20 Muharam 1430H, Sabtu, di dalam usrah bagi muslimat dan 18 Januari 2009 bersamaan 21 Muharam 1430H, Ahad bagi muslimin. Pada 17 Januari juga seramai 5 orang warga My Soff01 bakal berangkat ke Kelantan bagi memulakan sesi perjuangan mereka mengambil STAM pada tahun ini (2009) dan diharap warga My Concern dan My Soff01 dapat mendoakan pemergian mereka, moga-moga pemergian dan kepulangan mereka nanti dapat memberi manfaat kepada gerak kerja My Soff01 dan My Concern pada masa akan datang dan kepada warga My Soff01 dan My Concern.




Secara realitinya, terpancar sinar kebahagian dan kegembiraan di dalam pertemuan ini dan berdoalah agar kita dapat istiqamah dan tsabat dijalan ini dan ukhwah semakin mantap agar perjuangan semakin mudah diharungi bersama-sama. Dengan izin Allah, jumpa lagi pada masa akan datang. Allahua'alam.








1 comments:

me said...

Salam perjuangan buat adik2 my soff01..bila terbaca article ni,abg terasa seprti berada semula dalam program ni..:p.Rugi rasanya tak dapat turut serta..uhu.

Walaubagaimanapn..abg ucapkan tahniah kpd penggerak2 mysoff01 dan ajk2 yg bertungkus lumus trlibat dlm merancang progrm ni,harap2 ada keberlangsungan program2 lain selepas ini.

Firman Allah;"sesungguhnya orang2 mukmin itu adalh bersaudara,maka damaiknlah antra keduanya..".Semoga progrm sebegini mnjadi platform kpd kita dlm mperkukuhkn lg ukhuwwwah yg telah trbina.

p/s: kalau ada program lg jgn lupa jmput abg ek..dan akhir skali jgn lupa doakan shbt2 kita d palestin..

Sabda Rasulullah s.a.w."Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan muslimin maka dia bukan dari kalangan mereka"