Saturday, April 2, 2011

didiklah sahabatmu



Assalamualaikum sahabat-sahabat my soff sekalin tidak kira 1,2,3..dan kepada masyarakat umum selanjutnya..semoga kalian dalam keadaan sihat dan sejahtera.semoga hari ini bertambah baik dari semalam dan hariseterusnya bertambah baik dari hari ini hingga hari yang ditentukan 'يوم الحساب'..sahabatku..hari yang kamu sedang hadapi ini merupakan hari untuk kamu bercucuk tanam..dalam menempuhi hari begini amat memerlukan ke atas kamu untuk mengerah seluruh keringat dan seluruh tenagamu dalam mengusahakan sesuatu yang dapat dinikmati di hari mendatang..

sahabatku,

setiap sesuatu itu mulakanlah dengan satu langkah yang yakin..semoga langkah itu semakin menuju ke arah kejayaan..lihatlah.nampak bendanya ini kecil akan tetapi jika langkah ini ditinggalkan adakah akan mencapai hasilnya?apakah itu..berbaik-baiklah dengan sahabatmu

ادعوا الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة

serulah mereka ke jalan tuhanmu dengan berhikmah dan baik


sahabatku,

sesudah itu janganlah biarkan ia begitu sahaja.seringkalilah kalian menasihati mereka atas segala kesalahan mereka dengan bahasa yang elok sehingga dapat kamu pastikan yang dia tidak akan kecil hatinya.kerjamu ini tidak akan mampu kamu lakukannya secara berseorangan.lihatlah sendiri tanah yang kamu ingin kerjakan itu sangat luas mampukah kamu laksanakannya secara berseorangan?pasti akan memakan masa.dan jika nasibmu buruk hanya menemui jalan buntu dan mendatangkan hasil yang sia-sia.cuba kalian mengerjakannya secara berjemaah.nescaya kerja yang kalian laksanakan akan menemui hasil yang elok.maka janganlah kamu lupa untuk melakukan gerak kerja dalam jemaah.dan ingatlah jika kamu bersendirian maka kawan kamu yang paling hampir adalah syaitan.kerana tiada yang akan menegurmu atas kesalahan yang kamu lakukan tanpa kamu sedari.dan jangan lupa untuk menyediakan dirimu untuk ditegur dan dinasihati.


sahabatku,

janganlah kamu bersedih hati jika usahamu itu seakan-akan gagal sedangkan kalian telah melaksanakan dalam jemaah.ingatlah akan janji Allah ke atas segala usaha yang telah kamu usahakan.


ان تنصرالله ينصركم

apabila kamu membantu agama Allah,allah akan membantumu..

bagaimanakah kamu boleh membantu Allah sedang Allah tidak memerlukan kepada sebarang bantuan?sememangnya allah tidak memerlukan akan bantuanmu kerana bantuanmu itu tidak akan memberikan bekas terhadap sesuatupun.namun ingatlah usahamu ini hanya melaksanakan tugasmu sebagai seorang hamba yang patuh kepada arahan tuannya.jika kamu tidak lakukannya, maka ingatlah bukan ianya akan memberikan kesan buruk kepada tuhanmu akan tetapi mendatangkan kesan buruk kepada dirimu iaitu kamu akan diseksa(azab neraka) atas keingkaranmu dan ingatlah balasan baik hanya untuk hambanya yang baik.dalam banyak-banyak tanamanmu itu pasti akan ada yang rosak,maka sabarlah.

kalian pasti akan gembira jika hasilnya itu kalian dapat melihatnya di hadapan mata..namun ia tidak akan dapat kalian lihat dalam bentuk material.syurga Allah sebagai ganjarannya..

0 comments: