Salam Ma'al Hijrah 1430H
AlhamdulILLAH, segala puji-pujian kepada ALLAH SWT, Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Nabi SAW yang tercinta, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Syukur di atas nikmat-Nya, di saat ini, masih lagi kita bernafas walau sedetik cuma dengan jayanya kerana izin ALLAH SWT yang Maha Melihat atas setiap tindak tanduk makhluk-NYA. Masih lagi kita menghirup oksigen dengan majunya dan masih lagi kita mampu untuk menatapi tulisan blog ini pada awal Muharam 1430H. Sedar atau tidak telah berlalunya 1429H dan bermulanya 1430H dan kita? Ya, kita masih lagi hidup kini dengan izin-NYA dan masih lagi menikmati nikmat Ilahi yang melimpah ruah ke atas kita selama ini. Maka tidak boleh tidak untuk kita bersyukur atas nikmat pemberian-NYA ini kerana masih MEMBENARkan kita bernafas di dunia fana' ini sebagai hamba-NYA meskipun kita sering mendustakan-Nya. ((Maka ni'kmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?)) -Surah Ar-Rahman ayat 13-
Awl Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan,kebanggaan dan hari kebesaran bagi semua umat islam.....Muharram adalah bulan pertama dalam sistem taqwin hijrah.Pada asasnya,muharam membawa maksud diharamkan atau dipantang.....iaitu ALLAH melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.....Namun larangan itu telah dimansuhkan setelah pembukaan kota Mekah(al-baqarah-91).....Sejak pemansuhan itu umat islam melakukan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.Rasulullah telah menamakan bulan muharam sebagai bulan ALLAH.....
Di kesempatan ini, My Soff01 teringin dan memang ingin mengucapkan Salam Ma'al Hijrah buat semua yang terlibat di dalam MYSMAC pada 15-19 Disember 2008 dan MYCONCERN khususnyA dan kepada semua umat Islam di seantero dunia amnya.(kalau mereka faham, boleh la sampai salam ma'al hijrah ni..hehehe, waLLAHUa'lam )
Semoga kehadiran tahun baru 1430H ini memberi kita peluang untuk semakin mengIslah, membaiki diri dan menghijrahkan diri kita dari yang batil kepada yang haq, juga semoga meningkatnya amalan dan kesedaran juga kekuatan dalam menjalankan kebajikan dan merealisasikan kebangkitan Islam di perlbagai aspek, insha'ALLAH.
Dengan itu, wassalam...
sebelum itu, diselitkan penyelitan ini dengan jayanya kerana merasakan ia bermakna songgoh!:-
Ya Allah rahmatilah dan sejahterakanlah
ke atas
junjugan,sanjungan dan penghulu kami Muhammad saw
Dan keatas keluarganya dan para sahabatnya
yang berkorban jiwa, raga,harta
semata2 menegakkan syiarMu
Tanpa mereka kami dalam kelam
meraba2 cahaya kebenaran
mencari2 Tuhan semesta alam
Kini kami mentauhidkanMu
Menjadi saksi KetuhananMu
Dan saksi Kerasulan Muhammad saw kekasihMu
Dengan izinMu...hasil pengorbanan mereka
Pujaan setinggi2nya
Pujian sebanyak2nya
Kesyukuran yang tiada tepinya
BuatMu Ya Khalik
Jadikanlah Muharram yang mendatang
Tahun ini dan tahun2 seterusnya
Kemenangan hakiki bagi umat kekasihMu
Walau zahirnya kami kalah dimata dunia
Menangkan kami dalam akal,minda,jiwa dan raga
Menuju akhirat yang tiada penghujungnya
Jadikan kami
kedua ibubapa kami
ahli keluarga kami
guru2 kami
dan setiap insan yang beriman
beroleh kebaikan dunia dan kebaikan akirat
Sesungguhnya Dikau Amat Mengasihani..
amien
-kalian ambil lah yang baik dan jauhi lah yang buruk atas segala penulisan penulis yang bertulis-tulis ini. semoga kalian memanfaatkannya sebaiknya. penulis berbesar hati mengucapkan sekali lagi, salam ma'al hijrah dan selamat berhijrah kepada cahaya yang lebih terang daripada waktu silam yang kelam~ waLLAHUa'alam.-
0 comments:
Post a Comment