Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Sana Sini My Concern-Nadwah Kepimpinan BADAR Melaka

Pada 11-13 Mac yang lalu sejumlah 16 buah sekolah di seluruh negeri Melaka telah menghantar wakil peserta dari kalangan pelajar untuk menyertai Nadwah Kepimpinan BADAR peringkat Negeri Melaka anjuran My Concern dan SBPI Selandar.

Nadwah bermula pada hari Jumaat jam 3.30 petang di Dewan Gemilang SBPI Selandar. Pelbagai pengalaman, pengajaran dan ilmu yang telah peserta timba sebagai kelompok dai'e di muka bumi Allah ini. Pihak Majlis Tertinggi berharap agar kesemua peserta nadwah dapat mengaplikasikan serta menyampaikan segala ilmu dan pengajaran yang diperoleh di sana seperti pengurusan usrah, strategi sebagai seorang dai'e dan sebagainya.


Dari pihak My Soff01 mengucapkan tahniah buat penganjur SBPI Selandar dengan kerjasama My Concern,semua tenaga pelaksana program ini serta para peserta yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Melalui program ini, My Soff01 berharap agar saf kepimpinan pelajar yang hadir mampu merealisasikan dan mengamalkan mutiara ilmu yang tercurah dari program ini serta terus menyemai bi'ah solehah di sekolah masing-masing bagi membentuk masyarakat pelajar yang harmoni dan mengikut acuan Islam.


[sumber]

Friday, November 12, 2010

10 TABIAT ROSAKKAN OTAK


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Thursday, August 19, 2010

JANIN BAYI BERSUJUD KETIKA DIPERDENGARKAN AYAT SUCI AL-QURAN




Dalam video ini seorang ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an, dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Dan dapat dilihat perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an.

Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal memang macam ni). Kemudian dibacakan pula ayat suci Al-Quran..

Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin bayi tampak terdiam dlm keadaan sujud… seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.

Kullu mauludin Yuuladu ‘alal fithrah… Jadi seorang ibu yang tengah mengandung anaknya sering-seringlah memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Semoga kelak menjadi anak yang soleh dan solehah. Amiin.


p/s: inilah firtah manusia..
p/s/s: rakyat Jepun menggunakan kaedah ini untuk terapi menggunakan headphone yang diletakkan di perut ibu bagi bayi dalam kandungannya, buktinya anak yang lahir lebih cerdik, aktif dan mendengar kata.



_______________________________

Surah Ali Imran ayat 190-191 bermaksud:
‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan sesuatu dengan sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.’

Ayat ini menggambarkan bahawa orang-orang yang berakal adalah orang yang memikirkan penciptaan langit dan bumi serta malam dan siang dengan menggunakan pandangan mata hati (basirah). Melaluinya, mereka akan melihat kebesaran Allah SWT lalu sentiasa bersyukur pada setiap keadaan.

Imam Fakhrul Razi menyebutkan bahawa orang yang mempunyai akal fikiran perlu mentauhidkan Allah SWT dengan Tauhid Uluhiah dan Ubudiyah. Tauhid Ubudiyah terbahagi kepada tiga iaitu membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan perkataan dan melaksanakan dengan perbuatan. Ayat ‘orang-orang yang mengingati Allah’ menunjukkan kepada ubudiyah perkataan, ayat ‘berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring’ menunjukkan ubudiyah perbuatan dan ayat ‘memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi’ menunjukkan ubudiyah hati, fikiran dan jiwa manusia.


Tuesday, June 22, 2010

Kucing2 di Penjara Israel Membantu Tahanan PALESTIN

Membuat para tahanan Palestin menderita dan sengsara sepertinya tidak cukup bagi para pengelola penjara Israel. Pengelola penjara Israel di Negev bahkan tidak senang melihat para tahanan Palestina itu berteman baik dengan kucing. Untuk itu. pihak penjara memberlakukan aturan untuk membuang bahkan menghukum kucing-kucing liar yang masuk ke dalam kompleks penjara itu.

Beberapa tahanan Palestin yang mendekam di penjara Israel di Negev memelihara dan memberi makan kucing-kucing liar yang masuk ke dalam kompleks penjara, meski para tahanan itu sendiri tidak mendapatkan bekalan makanan yang cukup dari aparat penjara. Kucing-kucing itu ibarat teman bagi para tahanan Palestin dan ternyata hal itu membuat pengelola penjara tidak senang.

Mereka mendakwa kucing-kucing tersebut telah memberikan "bantuan" bagi para tahanan Palestin dengan membawakan makanan atau benda-benda kecil dari satu sel ke sel lain, sehingga aparat penjara memutuskan untuk memberlakukan larangan memelihara kucing dan menghukum kucing-kucing peliharaan tahanan Palestin dengan memasukkan haiwan tak berdosa itu ke dalam sel isolasi selama beberapa hari.

Tindakan pegawai penjara Israel di Negev mungkin berlebihan. Tapi tujuan para Zionis itu sebenarnya adalah ingin melemahkan mental warga Palestin yang mereka tawan, mengisolasi mereka dan menjauhkan mereka dari hal-hal yang membuat para tahanan Palestin itu tersenyum meski cuma bercengkerama dengan seekor kucing. (ln/IMEMC)

sumber

Satu Umat: Mungkinkah benar kucing-kucing itu memberikan bantuan? Siapa mereka sebenarnya? ...............


[SUMBER ]

Monday, April 19, 2010

Kesan Zikir Terhadap Otak?


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.


Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.


Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Oleh itu marilah sama-sama kita banyakkan berzikir.


*Entry asal di http://www.halaqah.net

Monday, April 5, 2010

Impresif Sains Dalam al-Quran




Oleh HAPPIS BASHA

SIAPA kata al-Quran tidak meliputi bidang sains? Teori Big Bang yang dikemukakan Hubble menemukan bahawa alam semesta ini terjadi berupa gumpalan, kemudian meledak sehingga terjadi berjuta-juta galaksi.

Teori tersebut dikemukakan Hubble pada tahun 1927, dan di dalam al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pada sekitar tahun 600 Masihi lalu telah dinyatakan menerusi surah al-Anbiya´, ayat 30 yang bermaksud: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu kedua-duanya nya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya (dengan kekuatan Kami).“

Ternyata al-Quran tidak dapat disanggah lagi apabila Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? Dan, matahari bergerak pada garis edarnya. Demikian ketetapan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Mengetahui." (Surah Yaasin: 38).

Bukankah ilmu pengetahuan moden baru menemukan bahawa matahari sebagai pusat peredaran seperti yang baru ditemukan Copernicus pada sekitar abad ke-15?

Tanda yang tersendiri, yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t di dalam ayat tersebut adalah perjalanan matahari pada orbitnya sehingga ke penghujung pusingannya. Pusingan tersebut adalah satu ketentuan dan ketetapan daripada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Menguasai bagi setiap sesuatu.

Terdapat dua pendapat ulama tafsir yang mentafsirkan maksud orbit, iaitu suatu tempat yang berada di bawah Arasy yang hampir dengan bumi pada suatu arah di mana kedudukan matahari dan sekalian makhluk masih tetap berada di bawah Arasy.

Kedua, tahap akhir perjalanannya, iaitu hari kiamat. Ini telah dibuktikan oleh ahli astronomi bahawa terdapat pertambahan putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang disebabkan pusingan bumi di sekeliling matahari setahun sekali.

Bagi matahari, terdapat dua pergerakan yang lain, iaitu pusingan di atas paksi dan pusingan beserta dengan pengiringan planet-planet yang bergerak di sekitar sistem solar dan galaksi dengan kecepatan yang amat tinggi.

‘Mustaqir’ pada pandangan ulama yang pertama adalah merupakan paksi yang tetap, manakala ulama yang kedua berpendapat ia merupakan pergerakan sistem solar bersama-sama kumpulan planetnya (Tafsir al-Munir, jld. 23, hlm. 15-17).

Kemudian hal tersebut dipersetujui oleh Albert Einstein untuk menggugurkan teori yang dikemukakan Plato (teori bumi sebagai pusat peredaran). Dan bukankah setiap benda bergerak menurut garis edarnya, seperti halnya malaikat yang mengelilingi Arasy Allah s.w.t, elektron mengelilingi inti atom, dan manusia melakukan tawaff mengelilingi Kaabah?

Seperti yang diketahui, arah kiblat menggunakan posisi matahari yang ‘beristiwa’ (transit) di atas (zenith) Kaabah atau Masjidil Haram. Fenomena ini berlaku apabila matahari dalam terbit dan terbenamnya mengikut rutin hariannya, mengalami tengah hari (disebut istiwa/transit) tepat atau hampir tepat pada titik zenith (dengan kata lain, berada betul-betul di atas Masjidil Haram atau Kaabah. Peristiwa ini hanya berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei, dan 16 Julai setiap tahun. Sekalipun terdapat pandangan mengenai tahun lompat dan sebagainya, sebagai suatu kaedah rujukan bayang, selisih yang wujud adalah kecil, justeru nilai atau tarikh di atas boleh digunakan setiap tahun.

Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah-olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ia dapat disaksikan dari setiap pelosok bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari). Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat.

Oleh sebab kaedah hitungan falak boleh digunakan untuk menghitung bila waktunya peristiwa ini berlaku di Kaabah, umat Islam di negara lain hanya perlu merujuk kepada perbezaan waktu sahaja. Malaysia berbeza lima jam dengan Mekah, justeru tengah hari di Mekah adalah bersamaan pukul 5.16 petang dan 5.28 petang 16 Julai di Malaysia.

Maka, pada waktu yang berkenaan, rujuk bayang objek tegak seperti tiang, dinding dan sebagainya, kemudian berdirilah di hujung bayang tersebut menghadap objek berkenaan (bersamaan menghadap ke arah matahari), dan anda menghadap arah kiblat.

Kita semua tentu ingat sebuah dokumentari (Discovery) di sebuah saluran televisyen swasta yang mengisahkan tentang kehidupan laut. Mr. Costeau dalam penjelajahan di lautan, menemukan fenomena yang sangat ganjil, iaitu adanya air tawar di tengah lautan yang tidak bercampur dengan air laut yang masin seolah-olah terdapat dinding yang membatasinya.

Sebagai penjelajah laut, Costeau sangat terkejut. Bagaimanapun, bagi umat Islam yang mengetahui, penemuan ini tidak begitu mengejutkan. Di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 53 dengan amat terang menjelaskan hal itu. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan, Dialah yang menciptakan dua laut mengalir (berdampingan) yang satu tawar lagi segar dan yang lainnya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalanginya.”

Al-Quran juga telah membuktikan kebenaran, iaitu kata “yaum” yang bermaksud “bulan”, hanya terdapat 12 kali. Kata panas dan dingin, masing-masing diulangi sebanyak empat kali, sementara dunia dan akhirat, hidup dan mati, syaitan dan malaikat, dan masih banyak lainnya, semuanya seimbang dalam jumlah yang serasi atau sejajar dengan tujuannya dan indah kedengaran.

Ditemukan tiga bukti kebenarannya. Pertama, keindahan, keserasian dan keseimbangan kata-katanya. Kata ”yaum” yang bererti "hari", dalam bentuk tunggalnya berulang sebanyak 365 kali (ini sama dengan setahun), dalam bentuk jamak diulangi sebanyak 30 kali (ini sama dengan sebulan).

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah s.w.t ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah s.w.t semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. (Ketetapan) yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa." (Surah at-Taubah: 36)

Sehubungan itu, Ulil Albab adalah golongan yang diistimewakan dan yang disebut Allah di dalam al-Quran. Sebanyak 16 kali disebut di dalam al-Quran. Ulil Albab menggunakan kurniaan akal untuk merenung setiap kejadian di alam semesta yang maha luas ini. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)”. (Surah Ali-Imran: 190)

Al-Quran menjelaskan bahawa alam dan segala kandungannya adalah ciptaan Maha Pencipta, Allah s.w.t. Dia telah memerintahkan kepada orang yang dikurniakan akal fikiran itu agar mengamati kejadian di alam cakerawala ini. Oleh kerana itu manusia perlu mengkaji mengenai rahsia-rahsia alam yang masih tidak diketahui.
Allah s.w.t bukan sahaja Pencipta Alam, tetapi juga memelihara, mengawal, dan mengurus segala juzuk alam daripada sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Semuanya tunduk kepada hukum dan peraturan yang telah ditetapkan.

Lihat bagaimana Allah memelihara perjalanan matahari yang bersaiz 99.9% daripada saiz objek-objek sistem suria, mengharungi alam cakerawala pada orbitnya sejak dari mula ia diciptakan hingga ke hari ini dan akan datang.
Allah juga yang mengawal dan mengurus tentang proses penghasilan tenaga matahari melalui proses tindak balas nuklear setiap saat sebanyak 4 x 1026 Joule sesaat, menyamai 100 bilion 1 megaton bom nuklear. Tenaga yang hebat ini dibebaskan setiap saat sejak dari zaman dahulu hingga kini dan akan datang.

Bagaimana pula kehebatan Maha Pencipta yang mengatur perjalanan siang dan malam? Bagaimana bahagian malam akan menutup bahagian siang bumi dengan kelajuan 1700 km sejam (470 meter sesaat) dalam tempoh 24 jam?

Setiap bahagian bumi mendapati siang dan malam mengikut kadarnya yang tertentu. Bagaimana teliti dan hebat, bumi yang besar dengan diameter 12,756 km beredar laju dengan kelajuan 30 km sesaat mengelilingi matahari sejauh 960,000,000 km dalam masa 365.25 hari. Begitu juga bulan -- bagaimana teratur dan telitinya ia beredar mengelilingi bumi dengan kelajuan 61.8 km sejam tanpa terlewat atau tercepat daripada masa yang ditetapkan.

Sudah tentunya al-Quran dan sains saling berkait rapat. Jika difikir dan direnung dengan akal yang waras, sudah tentu keadaan sebegitu berlaku melalui satu perancangan dan pentadbiran yang teliti dan tidak mungkin hal tersebut berlaku dengan sendirinya.

Imam Al-Ghazali menyatakan. “Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (makrifatullah) dan mengagungkan-Nya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahluk-Nya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung di dalam segenap ciptaan-Nya.”





[sumber]

Wednesday, March 17, 2010

Hikmah Kadar Hujan Di ‘Tanah Hitam’

“Hujan rahmat..” Ungkapan yang selalu diperkatakan orang kebanyakan orang.

Sewajarnya kita tidak perlulah bersusah menyangkal dakwaan ini. Ini kerana ungkapan hujan rahmat adalah bertepatan dengan konsep penurunan rezeki dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Sungguh, hujan itu membawa kebaikan, kemanfaatan, kenikmatan yang amat-amat besar kepada umat Islam seluruh alam raya. Tak terhitung betapa besarnya nikmat ini seiring nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wata’ala.

Katakanlah. Alhamdulillah, berkali-kali sehingga lidah-lidah kita senantiasa mencintai kalimat itu dengan keikhlasan hati. Lakukanlah beserta hati yang jernih dan bening.

HUJAN DI ‘TANAH HITAM’

“Andainya hujan di Mesir ini turun dengan lebat, barangkali runtuh habis bangunan-bangunan..” Perbualan yang biasa saya tuturkan dan bincangkan bersama rakan-rakan.

Seronok bila melihat sesuatu, lalu dibentangkan pada halaman hiwar untuk dibicarakan bersama rakan dan sahabat. Bukan untuk menghabiskan air liur, tetapi menggerakkan minda-minda agar mampu menghasilkan suatu perbualan yang mengandungi ilmu. Tidak banyak, sedikit pun sudah memadai.

“Di Mesir, hujannya sikit sahaja.. ianya turun beberapa kali dalam setahun. Biasanya hujan akan turun pada musim sejuk.” Cerita saya pada keluarga di kampung melalui saluran internet.

Mengapa tanah hitam?

Menurut sumber teks sejarah yang mengisahkan tentang asal usul Mesir, orang Qibthi (Mesir kuno) menggelarkan Mesir dengan istilah Kemy dan Takemy yang membawa maksud ‘hitam’ atau dengan maksud ‘tanah yang hitam’ . Istilah ini diangkat sebagai simbolik kepada kesuburan tanah.

Perkara ini saya akui, melalui pengamatan dan penglihatan selama di sini. Sememangnya kawasan tanah yang menjadi tumpuan penduduk masyarakat Edbawey adalah di sepanjang sungai Nil. Kawasan tanah di sepanjang sungai Nil ini adalah berwarna hitam kebiasaannya, berbanding di kawasan-kawasan pergunungan Sinai, gurun sahara Giza, El-Fayyoum, Siwa dan beberapa tempat lain yang lebih berwarna kuning keemasan panoramanya.

Kata teks sejarah lagi menguatkan bukti sedia ada – Menurut istilah yang digunapakai era pemerintahan Fir’aun (Pharaonic) ialah Tawey yang membawa maksud dua tanah. Jika dilihat menurut kacamata ilmu geografi, tanah Mesir ini terbahagi kepada dua iaitu:

1. Tasyma’o (Dataran tinggi atau dalam bahasa arab ia disebut ardh sha’id)
2. Tasameho (Permukaan laut atau dalam bahasa arab ia disebut ardh wajh al-Bahr)

Kelebihan tanah hitam ini telah mengilhamkan kepada salah seorang penuntut Thailand di sini untuk menanam sayur-sayuran asia tenggara. Beliau telah menyewa tanah di Giza dan mengusahakan tanaman serai secara besar-besaran lalu dijual kepada seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi khususnya di Kaherah!

HIKMAH KADAR HUJAN

Atas dasar itu jugalah setiap kali hujan di musim sejuk, pasti akan menyebabkan tanah hitam menjadi becak seperti petak-petak sawah, walhal hujannya hanyalah pada kadar rintik-rintik gerimis.

Diandaikan ianya lebat seperti Negara Malaysia bermusim khatulistiwa, sudah tentu tanah hitam itu menyukarkan pergerakan lalu lintas dan memungkinkan runtuhnya bangunan batu-bata di seluruh pelusuk Mesir. Ini kerana di Mesir, bangunan-bangunannya tidak terpacak besi konkrit yang banyak bercabang, hanya sekadar menguatkan binaan simen dalaman. Dinding-dinding bangunan juga kebanyakkannya tidak menggunakan tiang – hanya disusun bata merah berserta simen semata.

“Masa ana dekat Kaherah, hujan batu turun.” Beritahu Muadwiz suatu ketika.

“Ana pun pernah lihat hujan batu, masa itu ana dalam perjalanan nak pergi ke Mansurah.. Tiba-tiba hujan batu besar-besar menghempap bumbung peugot (sejenis kereta wolksagen penumpang).” Saya menyambung ceritanya dengan kisah yang berlaku kepada saya pula.

Mari kita renungi firman Allah Ta’ala yang terakam di dalam surah al-Mukminun:

18. Dan Kami turunkan hujan dari langit Dengan sukatan Yang tertentu, serta Kami tempatkan Dia tersimpan di bumi; dan Sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.
19. Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu Dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. kamu beroleh Dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan Yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Demi Allah yang menjadikan bumi dan langit! Lihatlah bagaimana keajaiban ini berlaku.

Menurut kitab Tafsir Munir yang ditulis oleh Dr.Wahbah Zuhaili, turunnya hujan daripada awan dengan kadar keperluan dan kecukupan untuk dijadikan air minuman dan pengairan – tidak terlalu banyak sehingga merosakkan tanah, bangunan-bangunan di kota dan tidak terlalu sedikit untuk tujuan pertanian dan penanaman.

Sesungguhnya, Allah menciptakan sesuatu itu bukan untuk dibuat kerosakan atau kekacauan, tetapi Allah berikan kita alam ini dengan hikmah. Hikmah yang agung untuk difikirkan.

Kajilah hikmah itu, nescaya akan menemui hakikat kehidupan dan penciptaan. Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahhu Akbar!

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way.. Allah..
Guide us every single day.. Allah..

Open Your Eyes
Maher Zain.

Sumber rujukan:
Panduan Ke Mesir dan al-Azhar, Keluarga Mahasiswa Aceh – Mesir, m/s 8.

9:39AM, 14 Mac 2010,
Siberbay, Tanta.


[SUMBER:http://www.faridrashidi.com/2010/03/14/hikmah-kadar-hujan-di-tanah-hitam/]

Saturday, December 26, 2009

MEETING MY SOFF1, SESI 1, DAN 2

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI DAN BIRO-BIRO MY SOFF1, SESI 1, DAN 2 (ONLINE)

MASA :SESI 1 : 11.30PAGI-1.10PETANG
SESI 2 : 2.30PTG-5PETG
HARI : SABTU
TARIKH : 26DIS 2009




Mesyuarat dihadiri oleh ahli Majlis Tertinggi My Soff01 , biro-biro My Soff01, dan komender> Cikgu Karyah Ezwan. Mesyuarat mengambil masa setengah jam untuk memulakan usul pertama dibentangkan bagi memberi laluan menunggu ketibaan dan kehadiran ahli mesyuarat yang lain untuk meng'online' kan diri di yahoo!Mesengger,pembukaan majlis dan ta'aruf ringkas ahli mesyuarat yang hadir.
Pendekatan mesyuarat daalm bentuk alam maya(conference yahoo!messenger) diilhamkan apabila melihat keadaan ahli Majlis Tertinggi My Soff01 mahupun biro yang mengalami masalah untuk membuat perjumpaan secara realiti, memandangkan kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan biro berada di kampus yang berlainan dan tempat yang berbeza.
Antara topik perbincangan yang telah diutarakan oleh naib presiden My Soff01 : Cik Maisya Azila Ismaon, ialah masalah berbangkit berhubung dengan ahli My Soff01 yang tidak aktif di dalam gerak kerja my soff01 lakukan, usaha menjejaki ahli yang telah terputus hubungan dengan ahli Majlis Tertinggi My Soff01..
Untuk sesi kedua pula telah membincangkan mengenai 'Program Mendatang'. Antara cadangan program yang bakal dilaksanakan ialah Family Day My Soff01, mesyuarat telah melantik ahli jawatan kuasa bagi menguruskan program ini.
Hal-hal lain yang dibangkitkan semasa mesyuarat ialah membina facebook untuk My Soff01, dan candangan ini telah disetujui oleh semua ahli mesyuarat, tindakan akan diambil oleh unit IT MY SOFF01 pada hari tersebut juga....
penutup untuk mesyuarat tersebut ialah sedikit ucapan dan harapan naib prsediden My Soff01 dan puji-pujian kehadrat Ilahi atas kekuasaanNYA melancarkan perjalanan mesyuarat.
Majlis tamat pada jam 5.15petang dengan tasbih kafarah dan sural al-asr. :)

Friday, December 25, 2009

BUAT ADIK-ADIK MY SOFF2 DARI MYSOFF01 :)

Pada 18Dis - 22Dis, sebahagian penduduk melaka yang terdiri daripada golongan pemuda atau remaja telah dikumpulkan melalui satu program yang bernama Muslim Youth Smart Camp 2009 (MY SMAC09)...5 hari yang ditempuhi oleh mereka menyemai ukhwah Islamiyah dan terjalinlah ikatan..:)...bukan sahaja terjalin ukhwah diantara mereka, malah,mengisi mereka dengan ilmu-ilmu buat panduan hidup di masa hadapan~ ;)
Maka dengan ini, My Soff01 mengucapkan Tahniah dan selamat datang,ahlan wasahlan buat adik-adik MY SOFF02, Semoga kehadiran kalian memantapkan lagi gerak kerja MY CONCERN,MYSOFF1~




SUMBANGAN GAMBAR OLEH: EN.ZULFAHMI
TERIME KASIH =)


Persaudaraan Muslim Jambatan Ke Syurga




PERSAUDARAAN dalam Islam adalah suatu jalinan aqidah yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain. Ia juga ada kaitan dengan jalinan erat untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang menempati Kota Madinah dan beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan di dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin) ; dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang dipelihara kekikiran dirinya mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Hasyr : ayat 9).

Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan iman paling erat seperti yang dinyatakan Rasulullah di dalam hadis bermaksud: "Ikatan iman yang paling kuat ialah berkasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah."

Daripada perspektif Islam, persaudaraan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha memperkuatkan binaan masyarakat Islam dan mengeratkan hubungan antara penganutnya. Persaudaraan atas dasar iman sentiasa dijadikan keutamaan di dalam nasihat-menasihati, memberikan khidmat, berkorban dan mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri.

Persaudaraan yang diwujudkan Islam mempunyai kedudukan paling tinggi daripada segala-galanya. Ia dapat dilihat kemuncak kepada persaudaraan ini yang terlaksana dengan jayanya pada zaman kehidupan Rasulullah dan sahabat selepasnya. Lanjutan daripada itu, ukhuwwah yang dibina dan dibentuk oleh Rasulullah juga dapat membentuk sebuah negara Islam yang dihormati dan disegani di seluruh dunia.

Imam al-Ghazali di dalam analisisnya membahagikan persaudaraan ini kepada pecahan yang besar iaitu persaudaraan secara pilihan sendiri atau yang diusahakan dan persaudaraan yang berlaku secara kebetulan.

Daripada penganalisaan itu, beliau selanjutnya mengklasifikasikan persaudaraan kepada empat kategori iaitu pertama, persaudaraan atas dasar untuk mendapatkan keseronokan.

Kedua, persaudaraan atas dasar kepentingan diri sendiri. Ketiga, persaudaraan yang diusahakan untuk mendapat kebahagiaan di akhirat seperti penuntut ilmu yang mengasihi gurunya dan seterusnya yang keempat iaitu persaudaraan yang diusahakan hasil cetusan daripada kesedaran iman dan takwa kepada Allah.

Kategori dibuat oleh Imam al-Ghazali itu, marilah kita kembali menilai diri kita adakah persaudaraan yang kita bina selama ini adalah kerana Allah atau sebaliknya. Persaudaraan yang berlandaskan keredaan Allah adalah satu ibadah dan penunaian ibadah itu akan memberi implikasi kebahagiaan, keampunan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Untuk membuktikan ketepatan dan kebenaran persaudaraan yang sempurna dalam kategori yang keempat, Imam al-Ghazali membawakan contoh doa Rasulullah iaitu yang bermaksud:

"Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat."

Oleh itu, sebarang usaha untuk berkasih sayang, cinta mencintai, hormat menghormati, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam yang diniatkan semata-mata kerana Allah adalah ikatan persaudaraan yang sempurna dalam erti kata yang sebenar.

Seterusnya Islam amat memerlukan supaya ikatan persaudaraan dapat mendalami hingga menjadi satu bangunan yang kuat serta saling berpaut antara satu sama lain. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan kaum muslimin yang saling kasih mengasihi dan cinta mencintai antara satu sama lain ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota berasa sakit maka seluruh tubuh akan turut berasa sakit dan tidak dapat tidur." (Riwayat Bukhari).

Dalam konteks ini, rohani dan jasmani akan terbentuk melalui ukhuwwah yang dipraktikkan dan sentiasa istiqamah dengannya. Ia juga berperanan sebagai ‘jambatan emas' ke arah pencapaian keamanan dan kesejahteraan yang diimpikan oleh setiap manusia ke arah menghalang unsur perpecahan dan permusuhan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat : ayat 10)

Pembentukan jasmani yang didasari melalui ikatan ukhuwwah akan berjaya kerana melaluinya manusia dapat melaksanakan apa saja yang mereka ingini ke arah penyempurnaan keperluan hidup mereka. Persaudaraan Islam juga akan melahirkan semangat untuk bekerjasama, bergotong royong dan saling bantu-membantu dalam memenuhi kesempurnaan dalam hidup.

Jika kita meninjau dari aspek rohani pula tersingkap di situ gugusan rahmat Allah SWT yang dikurniakan ke atas mereka yang mengutamakan nilai persaudaraan. Ini bertepatan dengan gesaan Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya memperbanyakkan pertemuan di dalam kesempatan ibadah seperti solat berjamaah yang dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan. Oleh itu, tuntutan bersolat jamaah, ziarah menziarahi, memberikan hadiah dan sebagainya amat digalakkan di dalam Islam.

Selepas kita melihat beberapa kelebihan dan kebaikan persaudaraan Islam, kita perlu meyakini bahawa mukmin yang di dalam hatinya ikhlas dan jujur di dalam persaudaraan akan memperolehi dan berasakan betapa indah serta manisnya nikmat iman di dalam dirinya. Dia juga akan memperolehi kepuasan dan kebahagiaan jiwa yang memantapkan rohaninya serta memperkukuhkan ikatannya kepada Allah SWT.

Dalam erti kata yang lain, Rasulullah SAW sentiasa menyarankan bahawa mengeratkan persaudaraan sesama umat Islam adalah satu jambatan yang kita boleh istilahkan sebagai pasport atau visa untuk ke Syurga Allah SWT. Begitulah besarnya hikmat dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka yang menghubungkan persaudaraan.

Persaudaraan adalah nikmat yang amat berharga kurniaan Allah SWT kepada umat Islam. Islam memandang seluruh umat manusia itu adalah sama dan tiada yang lebih mulia dari yang lain kecuali ketakwaan mereka kepada Allah.

Kita perlu ingat bahawa umat yang berpecah-belah akan menyebabkan hilangnya kekuatan dan menjadi umat yang lemah dan rapuh. Banyak contoh yang boleh dijadikan iktibar. Antaranya kita lihat negara yang tidak bersatu dan suka berpecah-belah, negaranya tidak aman dan harmoni sebaliknya menghadapi berbagai-bagai masalah yang merugikan diri sendiri dan negara.

Kesimpulannya, bagaimana rohani dan jasmani dapat dibentuk melalui persaudaraan adalah kesan daripada prestasi keimanan dan ketakwaan orang mukmin kepada Allah. Dalam erti kata yang sebenar, semakin tinggi dan kukuhnya ikatan persaudaraan di kalangan umat Islam, maka semakin tinggi dan kukuh keimanan dan ketakwaan umat Islam. Sebaliknya pula, perpecahan, persengketaan dan pertumpahan darah yang berlaku di kalangan umat Islam adalah lambang atau simbol kelemahan dan kelunturan iman dan takwa mereka.


Oleh Ahmad Tarmizi Zakaria
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Petaling Jaya (PJ)


SUMBER : http://ismaweb.net/v2/Article196.html

Friday, March 6, 2009

~~mY sOfF01 bErSaMa aDiK2 aR rAhmAh n aNnUriAh~~






Pada tanggal 27 feb sehingga 1 mac 09,kanak2 mysoff01 telah mnyertai program kem kepimpinan adik2 arrahmah n annuriah seramai 95 students di hutan rekreasi ayer keroh n name lain nye taman botanikal,first time lak dgr name baru nye(tol2 x ikut prkmbngan) tp skang dah tau=) ..bkn mksdnye kanak2 mysoffo1 terlbat dlm mngikuti program nie tp dpt men'conduct' kem trsebut(jgn x sngka lak), anjuran(pe lagi klau x bkn)My Concern'MYSMAC'...mambruk,,tahniah,,congratz n sekutu nye coz nie mrupakn progrm first MYSMAC(pe org kat first projek)hehhehhe...=).seramai 5 kanak2 mysoff01 yg trplih mnjd ajk camp trsebt termsuk la saya sendiri(ajk it) tugas knk2 muslimat mnjd ajk makanan n hadiah n muslimin pula mnjd ajk teknikal tp mereka berdua dpt merasai tgs se0rg fasi coz ms 2 x ckp fasi iaitu banny n abg.zul...ok la 2,aslkan ade bnde nak dibuat,tol x knk2 muslimat...(first time xprince mnjd ajk)



kami brtolak dari umah a.azam dlm pkl 11 lbh,smpai disana dlm pkl 12 lbh kurng mcm 2 la..dan bermula la kami mncari tmpt yg sdh ditetapkan(keluar-masuk)c0z x confirm tmpt nye,leh dikate kan sst la,tp alhmdllh sampai gak destinasi nye..mase 2 nmpk la studnt lain dari UiTM Shah Alam,,student KEPOH(kadet polis) n lain2...ingt mase 2 program kite je tp ade jiran rupe nye..tp x ksh la mmg kat dunia nie mst idop berjiran tol x???




mase 2 student UiTM telah beristirhat kat tmpt camp trsbt(tmpt mmsk n makan)leh dikate kan dewan la..mase 2 yg dtg cuma 4 org je trmsk la a.azam mrpakn pres.camp kpimpinan nie jd kn la dtg awal2,nak bt persedian..x ksh la diorg cm ddk je...jam pon sdh mnunjk kan kol 1 mase 2,,jd a.azam men'drop' kank2 muslimat n brg2 yg dibawa di surau tmpt prkhemahn tersbt.



lps 2 a.azam pon hilang la dari pndngan knk2 muslimat(mcm sedih je)...hhehhehe=) a.azam gi solt jumaat kami pon ape lagi kmas la skt2 brg2 n surau trsbt n keje yg disuruh a.azam...



nie la brg2 yg tlh dibawa






kanak2 muslimat sdg berkemas(sempat berposing)




bermulalah keje kanak2 mysoff01,kire2 pkul 5 lbh adik2 annuriah n ar rahmah smpai ke taman botanikal ayer keroh..apalagi kami pon siap2 kan makanan n jerang air utk kegunaan semasa program tersebut..



sampai je adik2 kedua-dua buah sekolah,firstly for sure register dl dan diberikan taklimat program tersebut oleh presiden camp,abg azam...


catatan unit IT MYSOFF01>Syahidatul Atiqah

Semoga melalui kem kepimpinan ini adik-adik peserta akan lebih terpimpin dan saling memimpin antara satu sama lain....

Maka inilah antara kerja amal yang telah dijalankan oleh MySoff01=)