Ibnu Asakir telah mengeluarkan dari Az-Zuhri dia telah berkata: Pada suatu hari Rasulullah SAW telah mengutus Sa'ad bin Abu Waqqash ra. untuk mengetuai suatu pasukan ke suatu tempat di negeri Hijaz yang dikenal dengan nama Rabigh. Mereka telah diserang dari belakang oleh kaum Musyrikin, maka Sa'ad bin Abu Waqqash ra. mengeluarkan panah-panahnya serta memanah mereka dengan panah-panah itu. Dengan itu, maka Sa'ad bin Abu Waqqash ra. menjadi orang pertama yang memanah di dalam Islam, dan peristiwa itu pula menjadi perang yang pertama terjadi di dalam Islam. (Al-Muntakhab 5:72)
Ibnu Asakir mengeluarkan dari Ibnu Syihab, dia berkata: Pada hari pertempuran di Uhud Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah membunuh tiga orang Musyrikin dengan sebatang anak panah. Dipanahnya seorang, lalu diambilnya lagi panah itu, kemudian dipanahnya orang yang kedua dan seterusnya orang yang ketiga dengan panah yang sama. Ramai para sahabat merasa heran tentang keberanian Sa'ad itu. Maka Sa'ad berkata: Nabi SAW yang telah memberikanku keberanian itu, sehingga aku menjadi begitu berani sekali. (Al-Muntakhab 5:72)
Bazzar telah mengeluarkan dari Abdullah bin Mas'ud ra. dia berkata: Pada hari pertempuran di Badar, Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah menyerang musuh dengan berkuda dan dengan berjalan kaki. (Majma'uz Zawa'id 6:82)
Hayati keberanian para sahabat RasuluLlah saw menjadikan diri kita sedar akan kerdilnya jiwa kita di zaman ini. Sewajarnya umat Islam menyalurkan jiwa keberanian Saad bin Abu Waqqash ra. di dalam diri mereka dalam meredah perjuangan, mehnah hidup di dunia sebagai muslim juga melawan musuh Islam yang berani menghina dan menghancurkan Islam. Amat sedihlah kiranya kita masih melalaikan keberanian ini dengan menggunakannya ke arah merealisasikan kebangkitan Islam khususnya di saat ini, di mana Yahudi la'knatuLlah sewenang-wenangnya menganiayai Islam dan terus menindas kita.
Di manakah keberanian kita? di manakah keberanian jiwa Saad bin Abu Waqqash ra. sahabat Baginda saw yang wajar menjadi tauladan buat kita dalam memperjuangkan dienulIslam ini? Jiwa berani yang biasa ditonjolkan oleh pemuda dewasa ini banyaknya ke arah kemaksiatan, dan berfoya-foya umpama tiada tujuan hidup. Berani menagih dadah, berani mencuba zina, berani mencuba perkara yang disalurkan oleh barat demi menghancurkan jiwa Umat Islam khususnya pemuda Islam.. Sedarlah wahai pemuda, jiwa keberanian pemuda yang anda miliki sekarang inilah yang pernah mendaulatkan Islam, jiwa ini lah merupakan angkatan pemuda di mana sejak dulu hingga sekarang tetap merupakan pasak bagi kebangkitan sesuatu ummat. Pemuda merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan ; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji begi sesuatu fikrah perjuangan. Maka, di manakah anda sekarang wahai pemuda? bersama keberannian Saad bin Abu Waqqash ra. dalam menegakkan Islam atau keberanian mengikut telunjuk kuffar? muhasabah cinta anda kepada Allah swt... di mana anda? salurkan jiwa berani pemuda ke arah merealisasikan kebangkitan Islam dan memberi kebaikan dan kebajikan kepada masyarakat. Jom salurkan keberanian ke arah kebangkitan Islam berlandaskan syariat... dan saluran itu bukan tertakluk ke medan perang sahaja....Allahua'alam.
meniupkan semangat untuk kuat berjuang demi Islam
0 comments:
Post a Comment