Wednesday, March 17, 2010

Hikmah Kadar Hujan Di ‘Tanah Hitam’

“Hujan rahmat..” Ungkapan yang selalu diperkatakan orang kebanyakan orang.

Sewajarnya kita tidak perlulah bersusah menyangkal dakwaan ini. Ini kerana ungkapan hujan rahmat adalah bertepatan dengan konsep penurunan rezeki dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Sungguh, hujan itu membawa kebaikan, kemanfaatan, kenikmatan yang amat-amat besar kepada umat Islam seluruh alam raya. Tak terhitung betapa besarnya nikmat ini seiring nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wata’ala.

Katakanlah. Alhamdulillah, berkali-kali sehingga lidah-lidah kita senantiasa mencintai kalimat itu dengan keikhlasan hati. Lakukanlah beserta hati yang jernih dan bening.

HUJAN DI ‘TANAH HITAM’

“Andainya hujan di Mesir ini turun dengan lebat, barangkali runtuh habis bangunan-bangunan..” Perbualan yang biasa saya tuturkan dan bincangkan bersama rakan-rakan.

Seronok bila melihat sesuatu, lalu dibentangkan pada halaman hiwar untuk dibicarakan bersama rakan dan sahabat. Bukan untuk menghabiskan air liur, tetapi menggerakkan minda-minda agar mampu menghasilkan suatu perbualan yang mengandungi ilmu. Tidak banyak, sedikit pun sudah memadai.

“Di Mesir, hujannya sikit sahaja.. ianya turun beberapa kali dalam setahun. Biasanya hujan akan turun pada musim sejuk.” Cerita saya pada keluarga di kampung melalui saluran internet.

Mengapa tanah hitam?

Menurut sumber teks sejarah yang mengisahkan tentang asal usul Mesir, orang Qibthi (Mesir kuno) menggelarkan Mesir dengan istilah Kemy dan Takemy yang membawa maksud ‘hitam’ atau dengan maksud ‘tanah yang hitam’ . Istilah ini diangkat sebagai simbolik kepada kesuburan tanah.

Perkara ini saya akui, melalui pengamatan dan penglihatan selama di sini. Sememangnya kawasan tanah yang menjadi tumpuan penduduk masyarakat Edbawey adalah di sepanjang sungai Nil. Kawasan tanah di sepanjang sungai Nil ini adalah berwarna hitam kebiasaannya, berbanding di kawasan-kawasan pergunungan Sinai, gurun sahara Giza, El-Fayyoum, Siwa dan beberapa tempat lain yang lebih berwarna kuning keemasan panoramanya.

Kata teks sejarah lagi menguatkan bukti sedia ada – Menurut istilah yang digunapakai era pemerintahan Fir’aun (Pharaonic) ialah Tawey yang membawa maksud dua tanah. Jika dilihat menurut kacamata ilmu geografi, tanah Mesir ini terbahagi kepada dua iaitu:

1. Tasyma’o (Dataran tinggi atau dalam bahasa arab ia disebut ardh sha’id)
2. Tasameho (Permukaan laut atau dalam bahasa arab ia disebut ardh wajh al-Bahr)

Kelebihan tanah hitam ini telah mengilhamkan kepada salah seorang penuntut Thailand di sini untuk menanam sayur-sayuran asia tenggara. Beliau telah menyewa tanah di Giza dan mengusahakan tanaman serai secara besar-besaran lalu dijual kepada seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi khususnya di Kaherah!

HIKMAH KADAR HUJAN

Atas dasar itu jugalah setiap kali hujan di musim sejuk, pasti akan menyebabkan tanah hitam menjadi becak seperti petak-petak sawah, walhal hujannya hanyalah pada kadar rintik-rintik gerimis.

Diandaikan ianya lebat seperti Negara Malaysia bermusim khatulistiwa, sudah tentu tanah hitam itu menyukarkan pergerakan lalu lintas dan memungkinkan runtuhnya bangunan batu-bata di seluruh pelusuk Mesir. Ini kerana di Mesir, bangunan-bangunannya tidak terpacak besi konkrit yang banyak bercabang, hanya sekadar menguatkan binaan simen dalaman. Dinding-dinding bangunan juga kebanyakkannya tidak menggunakan tiang – hanya disusun bata merah berserta simen semata.

“Masa ana dekat Kaherah, hujan batu turun.” Beritahu Muadwiz suatu ketika.

“Ana pun pernah lihat hujan batu, masa itu ana dalam perjalanan nak pergi ke Mansurah.. Tiba-tiba hujan batu besar-besar menghempap bumbung peugot (sejenis kereta wolksagen penumpang).” Saya menyambung ceritanya dengan kisah yang berlaku kepada saya pula.

Mari kita renungi firman Allah Ta’ala yang terakam di dalam surah al-Mukminun:

18. Dan Kami turunkan hujan dari langit Dengan sukatan Yang tertentu, serta Kami tempatkan Dia tersimpan di bumi; dan Sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.
19. Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu Dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. kamu beroleh Dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan Yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Demi Allah yang menjadikan bumi dan langit! Lihatlah bagaimana keajaiban ini berlaku.

Menurut kitab Tafsir Munir yang ditulis oleh Dr.Wahbah Zuhaili, turunnya hujan daripada awan dengan kadar keperluan dan kecukupan untuk dijadikan air minuman dan pengairan – tidak terlalu banyak sehingga merosakkan tanah, bangunan-bangunan di kota dan tidak terlalu sedikit untuk tujuan pertanian dan penanaman.

Sesungguhnya, Allah menciptakan sesuatu itu bukan untuk dibuat kerosakan atau kekacauan, tetapi Allah berikan kita alam ini dengan hikmah. Hikmah yang agung untuk difikirkan.

Kajilah hikmah itu, nescaya akan menemui hakikat kehidupan dan penciptaan. Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahhu Akbar!

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way.. Allah..
Guide us every single day.. Allah..

Open Your Eyes
Maher Zain.

Sumber rujukan:
Panduan Ke Mesir dan al-Azhar, Keluarga Mahasiswa Aceh – Mesir, m/s 8.

9:39AM, 14 Mac 2010,
Siberbay, Tanta.


[SUMBER:http://www.faridrashidi.com/2010/03/14/hikmah-kadar-hujan-di-tanah-hitam/]

0 comments: